Posts

Showing posts from March, 2014

Aishah Humaira

Nota diselak perlahan. Entah mengapa serasa tiap aksara itu berlalu pergi begitu sahaja. Langsung tidak terlekat di ingatan. Fikirannya masih tak menentu. Peristiwa siang itu terus membelengu minda menemu buntu. Bukan sengaja dia melangkah pergi begitu saja dari Umaira, tapi daripada terus dengan rasa yang sarat menyeksa jiwanya, meninggalkan Umaira mungkin lebih baik. Dia bimbang,jika berterusan bersama Umaira ketika itu, dia mendapat dosa kering akibat sikap tidak sabarnya. Bip bip bip. Mesej masuk. Telefon bimbit di sebelah kanan meja dicapai. Punat buka mesej ditekan. Mesej dari Umaira. “ Aisha, mengapa tinggalkan saya begitu saja tadi? Saya belum habis cakap, tapi Aisha pergi, kemudian guru kelas mahu temui saya sebentar tadi.” Aisha menatap skrin telefon bimbitnya, dibiar saja di atas meja. Entah hatinya sedang tawar dengan untuk berakhlak dengan Umaira. Hatinya masih panas. Jam baru menunjukkan jam 12.30 tengahari. Aisha bangun dari meja belajar. Mahu mengambil wudu