Cahaya Dhuha



..cahaya menyimbah. Kubah masjid kelihatan mempersona. Dari satu sudut, Humaira ralit memandang keindahan waktu dhuha dari  Pencipta yg dikasihnya, Allah. hatinya berbisik suatu, tentang kenikmatan yang dirasa.' nikmat islam  dan iman ini, alangkah indah andai dapat dikongsi bersama yang lainnya.' humaira bangkit. berdiri. melangkah menuju ke kamar mandi untuk mensucikan diri dengan wuduk. Pengalaman yang dirasa sepanjang tempoh bersama keluarga, mendidik dia melakukan dhuha. Ibu selalu berpesan. 'tunaikan lah dhuha. badan juga ada hak untuk beribadah pd Allah.'



tak, kehidupan humaira bukan lah macam malaikat. taat setiap masa. yang bernama insan itu, pasti ada masa silamnya. itu lumrah manusia. belajar dalam kehidupan untuk menjadi lebih baik. dan moga hari seterusnya, kesabarannya, tawadhuknya dan keimanannya dan seluruh muslim lebih baik dari hari ini dan semalam. Humaira terdidik dengan kebaikan, selepas dia lalui 'kejatuhan'. ya, Allah mentakdirkan tiap ujianNya yg mendidik itu dirasai oleh Humaira tiap kali waktu dhuha. Sampai-sampai, humaira jatuh cinta pd waktu Dhuha. waktu yang dirasakan, 'subhanAllah, aku mahu kembali pada Allah'. waktu yang hatinya berbicara, ' ya Rabbi, ampunkan hambaMu ini.' detik waktu yang selalu menjadikan seluruh dirinya bagai terpanggil untuk mendekati Ilah.



Sungguh, tipu jika dikata, hidup humaira hanya dipenuhi kesantunan dan kelembutan sekeliling. Ketahuilah, sebelum humaira menempuh anugerah itu, pasti ada sesuatu dibelakangnya sebagai daya tolakan untuk dia kehadapan. Sungguh, yang bernama kehidupan, pasti ada suatu tahap  manusia benar2 diuji. Diuji. kerna manusia itu selalu alpa,  mudah berasa  selesa.



Humaira tersenyum. 'ibu , ayah. moga Allah kasih dan jaga ibu dan ayah.'


dibentangkan sejadah. diniatkan solat dhuha kerana Allah. dan humaira tenggelam dalam cinta Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah