Posts

Showing posts from September, 2014

Remaja

Image
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang. Allahumma  solli ala Muhammad. Buat jiwa2 remaja yang sangat mencintai Allah dan sedang usaha mengikut sunnah Rasulullah. Assalamualaikum. Post kali ini saya akan cuba untuk mendalami jiwa-jiwa remaja yang mana semuanya berdasarkan pengalaman yang serba kurang. Tidak mampu untuk saya mengerti sepenuhnya tapi saya cuba untuk fleksibel. Remaja yang amat dikasihi. menapak selangkah daari kepompong kehidupan, itu hanya membuka pandangan mata akan dunia yang luas terbentang. Kita melihat, kawan dan teman-teman hidup bagaikan tiada apa yang membimbangkan. mereka sangat 'enjoy' seolah2 tiada yang perlu difikirkan. Kita pandang diri kita sendiri semula, aku bagaimana? kenapa aku tidak seperti mereka? kenapa aku banyak memikirkan itu dan ini? hm, merenung  sejenak,  mungkin aku punya personaliti yang berbeza. Remaja yang Allah  cinta, Pernah sesekali jiwa kita memberontak ingin sebuah kebebasan tanpa batasan. tapi

Cinta Allah

Cinta Allah terlalu suci. Hati, bersihlah. Hati, raja yang perlu diuruskan. Aku mahu ikut panduan wahyu. bukan panduan nafsu. cinta Allah. hati, banyaklah muhasabah. raja, baiklah. kenali hukum. cinta Allah. teramat besar. perasaan nikmat yang dirasai oleh mereka yg dekat dgn Allah. ilmu, agar jiwa  lebih segar. cinta  Allah. cinta suci yang tak boleh tercemar dengan noda. cinta yang dicari oleh mereka yang bergelar insan. rasa yang tak mampu dijual beli seisi langit dan bumi. cinta yang suci. selamat tinggal jahiliyah dan maksiat. aku mahu mengejar cinta suci. dalam  usaha bimbing raja_hati ke arah lebih baik. aku  mahu ikut  cara nabi kita, nabi  Muhammad  s.a.w. cinta  Allah. cinta yang tak mampu diungkap saja2 dengan kata-kata. membina bangsa dan negara. ummah. la Taqrabuzzina. jalan  mana yang kau pilih. kita ada cara kita. ikut syariat. remaja yang benar2 bebas. hanya dengan meletakkan Allah no.1 dalam hidup. ya, itu la

Mengenal Diri

Perlahan dan cermat. Dia melakar garis menegak di atas pasir. Kemudian ditambah garisan lain dengan beberapa sudut. Sesekali dikuis pasir dengan kaki apabila tersalah lakaran. Siap. Dia berdiri. Kreatif juga. Huruf yang teratur itu membentuk perkataan. I M A N Sengaja. Dia ingin mengamati benda itu. Dia ingin faham ada apa pada keimanan itu. Dia ingin merasa seperti yang orang kata 'halawatul iman' itu. Hm, amanah ke nama ini. Dan betul-betul ditunaikan ke amanah ini. Angin petang berlalu.

Kehidupan..

Image
p/s:  ..saya mohon dengan kerendahan hati agar sahabat-sahabat bersedia sebelum membaca. lapangkan hati dan buka minda. Terbitkan rasa iman di jiwa. Saya memohon dengan penuh harapan, jika kalian ada hal atau tugasan lain untuk dilakukan, selesaikan lah perkara2 tu terlebih dahulu.. benda ini bukan paksaan, tapi ini adalah untuk hati kita.  Saya hanya mahu kalian bersedia, sebelum membaca.  ^_^ jazakumullahu khairan khathiran.. iLuvIslam Assalamualaikum sahabat-sahabat  yang dikasihi.. Allahumma solli ala Muhammad. ..Sahabat yang dikasihi.. izinkan hati ini berbicara dengan hati kalian..   Tentang kehidupan... Pernahkah kalian melihat, kehidupan ini bagaimana. Dari tiap sudut pandang yang berbeza.. kudapati, untuk setiap hati-hati manusia, mereka melalui satu kehidupan yang.. ya, sama. rutin harian yang macam kita-kita. Ya, sebagai manusia.   Kalian tahu sesuatu, aku dapat rasa kan,  betapa berbaha

Cahaya Dhuha

Image
..cahaya menyimbah. Kubah masjid kelihatan mempersona. Dari satu sudut, Humaira ralit memandang keindahan waktu dhuha dari  Pencipta yg dikasihnya, Allah. hatinya berbisik suatu, tentang kenikmatan yang dirasa .' nikmat islam  dan iman ini, alangkah indah andai dapat dikongsi bersama yang lainnya.' humaira bangkit. berdiri. melangkah menuju ke kamar mandi untuk mensucikan diri dengan wuduk. Pengalaman yang dirasa sepanjang tempoh bersama keluarga, mendidik dia melakukan dhuha. Ibu selalu berpesan. 'tunaikan lah dhuha. badan juga ada hak untuk beribadah pd Allah.' tak, kehidupan humaira bukan lah macam malaikat. taat setiap masa. yang bernama insan itu, pasti ada masa silamnya. itu lumrah manusia. belajar dalam kehidupan untuk menjadi lebih baik. dan moga hari seterusnya, kesabarannya, tawadhuknya dan keimanannya dan seluruh muslim lebih baik dari hari ini dan semalam. Humaira terdidik dengan kebaikan, selepas dia lalui 'kejatuhan'. ya, Allah mentakdirka