Sangka Baik itu Perlu
..Tika rayuan-rayuan setan mengalir ke urat sarafnya, tika itulah kau hanya mula mengenal , bukan penghukum.. A ku melihat langit. Luas terhampar bersama manik-manik indah bertaburan memujuk hati. Tidak lama selepas itu langit mendung. Kian gelap. Akhirnya bumi disimbah hujan yang padanya ada rahmat. Ya Allah, berilah rahmat ke atas hujan yang turun ini. Aku terus memerhati. Pepohon yang ditimpa hujan bergerak perlahan bersama angin. Akur dengan sunnatullah. Aku tunduk ke bawah. Kulihat tanah yang membasah dengan titisan demi titisan hujan. Akur, tidak membantah. Kemudian, kutatap telapak tangan ku. Kuhulurkan ke hadapan agar dihinggapi titisan rahmat. Aku terus merenung. Aku tahu. Aku perlu perbaiki lagi diriku untuk bergerak dengan gerabak tarbiyyah. Pencarian dan solusi harus diteruskan, tidak boleh sekerat jalan. Ya. Aku tahu itu, kerna ini lah jalan yang ku pilih. Jalan dakwah dan tarbiyyah. Jom berkongsi mengenai husnudzon. Apa tu? ...