Neutral Heart

..ku biarkan tulisan berbicara, 
biar ia lebih melekat di jiwa-jiwa  
kudus yang merindu kedekatan 
pada Rabbul Izzati..


Pulang dari tempat belajar. Hebat. Membawa nama gah universiti.
bersama bekalan segunung tarbiah dan jiwa yang basah pada Sang Pencipta, Allah.

Harapannya, moga segala tarbiah yang dibawa khas dari tempat belajar mampu menjadi "bateri"
terhadap imannya sepanjang percutian.

Tiba-tiba, terngiang pula kata-kata kakak saudara seislamnya :

"Kita jangan biarkan iman kita sebagai iman 'suasana'. Tetapi jadikan iman itu iman yang benar-benar tulen. Sejati."

Ya, bukan iman suasana.

Apa kamu kira jika kamu berada dalam suasana yang tidak menjurus kepada islam, maka kau menjebak diri kau ke kancah jahiliyyah semula??

Tak. Sekali-kali tidak.

Teguhkan lah imanmu. SABAR. Kau pegang itu. Kerna membawa orang dan memimpin diri juga perlukan SABAR.

(Al-Asr : 1-3)

Aku kirimkan sesuatu buat kau, dan jiwa aku yang kudus ini, khas buat mereka yang merindukan-Nya.. Moga kau dan aku sentiasa tegus berpegang pada tali Allah... Islam adalah agama yang Allah reda wahai saudara-saudaraku. Dan ketahuilah, berada di atas jalan ini memang tidak  mudah. Kerna itu, ayuh pesan pada iman-iman kita. "BERSABARLAH IMAN."




klik : kubisikkan kerinduan pada-Nya

Tamat.

Jazakumullahukhairan kathiran! :)

Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah