Rindu Belaian Tarbiyah

..dahaganya hati, 
pada belaian tarbiyah,
yang setiap detik subur dengan 
kalimah-kalimah tinggi Rabbul Izzati.. 


Keimanan. Kebersihan jiwa. Kesucian hati. Ada apa pada hati?

Hati. Seketul daging ini? ada apa padanya?

Apa yang kutahu, hati adalah raja. Raja kepada seluruh anggota. Jika baik seketul daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Tetapi, jika buruk seketul daging itu, buruklah seluruh anggotanya.

Hati..
..bilamana hati yang mentadbir diri, akal akan tunduk pada hati..
..diri akan bergerak atas syariat Ilahi tanpa mempersoalkan apa pun..

Pentingnya membina hati, membina keimanan. walau  pun kita sedar bahawa hati lah yang sering berbolak-balik. Jika dibiarkan hati tanpa penjagaan, akan tumbuhlah lalang-lalang dan tumbuhan  liar nafsu sekitarnya.

Lantas apa? Iman semakin lemah, nafsu lebih berkuasa. Akal mula menghitung, apa yang perlu dibuat selepas ini. Syariat akan dipinggirkan. Bermula lah era baru penjajahan minda, rakus nafsu yang mengawal diri, iman tumpas dalam kekontangan. Ah! Perit rasa pabila tak mampu memimpin diri sendiri.

Hei!
Bangkitlah iman! akan kubasuh hati sebersihnya. Akan kutebas lalang-lalang dan tumbuhan liar nafsu di hatiku. Dengan apa? dengan apa yang Allah perintahkan. dan sunnah-sunnah Baginda, Rasulullah S.A.W. Seperti ?

~Puasa sunat
~Qiamullail
~Bersedekah
~Menghidupkan amalan sunnah yang lain
~Jaga dan pelihara amalan wajib

Lantas, apa lagi cadanganmu?
Akan ku usaha untuk menjauhi perkara shubhah dan haram. Akan ku dekati apa yang kuyakin halal. Insya-Allah! Maka dengan itu aku yakin, aku  akan dapat memberi ruang agar iman kembali mentadbir diri. Ya, aku pasti boleh!


..Biarlah usaha ini berterusan 
walau sekecil mana pun ia. 
Kerna kutahu Allah memandang
usaha..bukan natijah. 
bukan kesudahan..

(Ar-Ra'd : 11)
-Keimanan adalah Paksi-

KLIK : ZIKIR OF ALLAH


Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah