Tenang, Jangan Buntu

(gambar hiasan) 
"Aku keliru, aku tak faham hidup  ni. Kadang aku rasa hari ni bermakna, tapi, down tetiba."

Tenanglah. Sabarlah. Bukan kah Allah sangat dekat dengan mereka yang bersabar. Senyum. Lapangkan lah fikiran. Bagi mereka yang turut serta dalam 'tarbiyah', iaitu proses pembentukan diri atau didik diri mengikut syariat-Nya, tenanglah.


Mula kan satu persatu. Perlahan-lahan, andai dengan perlahan itu mampu menjadikan dirimu istiqamah ke arah kebaikan, maka perlahan-lahan lah.


Tahu kan? kita bukan nya mahu mendaki anak-anak tangga dengan tinggi, semata-mata untuk 'meninggi'kan tempat untuk kita jatuh. Bukan sahabat.


Kita membina, bina anak tangga tarbiyah. Kita bukan mendaki. dan ketahuilah, kita sedang membinanya dengan gigih, perlahan-lahan. Menyatukan iman, amal dan keikhlasan. Untuk apa?  Untuk mencari Redha Tuhan iaitu Allah.


Kita sedang membina diri kita sendiri. Agar dapat menjadi muslim yang cemerlang. Tenang. Dan bagaimana mahu tenang..

".......Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."
(Ar-Ra'd : 28)

Ingat Allah, zikir. maka tenang tenteram lah jiwa kamu. Senyum.

"Ah! Jangan banyak cakap. Sume ni kacau. kacau tau tak. Nape sume orang bajet baik je." 

Maka ketahuilah, selagi mana kita berusaha untuk menjadi yang terbaik kerana Allah, tiada istilah pura-pura. Dan  seandainya dengan pura-pura mu itu yang dapat kamu bentuk @ latih diri mu, terus cuba lah untuk amalkan kebaikan.


Nasihat lah dengan kata-kata yang baik. Dan ketahuilah, kita hanya manusia biasa.Yang tak sempurna. Tetapi Rasulullah s.a.w adalah contoh ikutan yang terpilih. Baginda adalah kekasih Allah. Baginda adalah ikutan kita yang terbaik.


Sahabat, pandanglah dengan mata hati. Pujuk jiwamu agar tidak lagi keras. Jika dilihat, seketul batu yang keras itu pun, mampu 'lekuk' pada titisan air yang menitis perlahan sedikit demi sedikit, tetapi berterusan, itu lebih baik. Daripada seketul batu yang kita harap dia mampu ada 'lekuk' dengan satu simbahan kasar?


(gambar hiasan)

Jadi, semua orang kini.. sedang berusaha. Berusaha menjadi yang terbaik kerana Allah. Mereka tahu mereka pendosa.
Ya, aku juga. :) Tapi.. bukan kah kita mahu jadi orang beriman. Bertaubat lagi dan lagi. Moga Allah limpahkan taufik dan hidayah-Nya pada kita.

"Adoi, aku.. penat aa.. asyik usaha je.. entah sampai bila.. malas aa aku"

Opss..Tenang. Sudah lupa kah kita pada sejarah silam. Betapa iblis bersumpah dengan bersungguh-sungguh untuk menyesatkan anak Adam.. kecuali pada mereka yang ikhlas. Mengapa kita penat, sedangkan syaitan tak pernah penat nak goda kita.


Sahabat, Allah sayang mukmin yang kuat. Jadi, kenapa kita nak bersifat lemah dan putus asa? kita nak lawan godaan syaitan tu. Duniawi. Tapi tak beerti kita tinggalkan amanah yang kita dapat. Kita istimewa tahu. Kenapa kita ada akal? Biar lah dengan akal itu kita berFIKIR sehabisnya. Fikir. Guna mata hati. Hati tu penting.


Dan kamu tahu, Allah..sangat sweet. sweet... Allah tak pandang kesudahan. Tapi, Allah pandang usaha. Usaha kita. :) Hm,, tahap mana agaknya usaha kita ya ,,:)

Mari baca ayat cinta daripada Allah.. ingat, ini adalah firman Allah:

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh
berbuat segala perkara yang baik dan
melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula
beriman kepada Allah......

(Surah Ali 'Imraan : 110)

Jommm, sama-sama jadi baik ??


Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah