Tuhan, aku kembali

Dua minggu lepas, rasa macam terngiang-ngiang di fikiran pada ayat ini: Fafirru-ilallah. Kembali kepada Allah.

Pengetahuan baru mungkin. Atau saya yang masih belum mengkaji al-Quran sehabis baik? Ya, selama dua minggu itu juga, saya sedang mengembara. Kembara hati, untuk mencari diri. Alhamdulillah, Allah memberikan jawapan. Kerna saya percaya, apa yang kita niat kan itu, itu lah yang kita dapat. Senyum.

(kredit)

Mungkin, sebagai manusia yang sedang tercari-cari tujuan hidup, saya agak keliru, bertanya itu dan ini. Iya, lebih-lebih lagi di akhir zaman ini. Terlalu banyak fitnah yang tersebar. Tapi, masih. Bagi saya, Allah itu terlalu   Penyayang. Kita berdosa, tapi tetap diberi rahmat. Amatlah rugi orang yang mengkufuri nikmat-Nya.

Mencari solusi tak semudah yang disangka. Terkadang hadirnya tak secepat yang disangka. Allah berikan, pada detik yang terbaik. Detik yang Dia tahu, kita perlu. Yang penting, kita terus mencari. Membuka hati seluasnya, melapangkan fikiran selebarnya. Sebab, ilmu itu cahaya. Cahaya, takkan masuk  pada hati yang ada maksiat.

Fafirru-ilallah.

Kerana kita tahu hati kita tidak bersih, maka kembali lah kepada Allah. Bersihkan hati dan kembali kepada fitrah. Fitrah kebaikan itu ada pada setiap manusia dan percaya lah, selagi mana kita melanggar fitrah, kita takkan tenang. Adakah ketenangan itu boleh dibayar dengan seisi langit dan bumi? Walhal ketenangan itu hanya diperoleh andai kita cuba redha pada apa yang Allah bagi. Dan Allah meredhai kita kembali, sebagai hamba-Nya.

Fafirru-ilallah.

Berterusan melakan dosa yang sama. Dosa kecil. Tapi berulang-ulang. Kembali lah kepada Allah. Ketahuilah wahai hati, bilamana kamu melakukan dosa yang sama walau sekecil mana pun ia, setelah kamu telah tahu hukumnya di sisi Tuhan. Juga kamu faham akibatnya, sesungguhnya itu adalah tipu daya setan.  

Dan andai saja kamu tahu bahawa setan itu takkan berhenti 'memujuk rayu' anak adam hingga kiamat. Kamu akan kata, alangkah baiknya jika setan itu jauh dari kamu. Sejauh timur dan barat. Dan alangkah baiknya, jika setan itu bukan kawan karib mu.

Fafirru-ilallah.

Jika hari ini saya keluar rumah dalam keadaan berlebihan dan mendatangkan fitnah, fafirru-ilallah. Saya tidak mahu lagi. Padam solekan itu dengan wuduk. Dan bersederhanalah. Wahai hati, ketahuilah bahawa islam itu adalah agama yang meraikan. Islam hadir untuk memudahkan. Tapi tidak beerti kita terlalu memandang ringan hingga mengabaikan perintah dan larangan Allah. Senyum.

Kerna saya, dan kamu adalah pengusaha. Untuk mencari redha-Nya.

Tuhan, aku kembali.

Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah