Cinta Bersulam Noda
Sekali berbicara soal cinta Aku jadi malu untuk berkata-kata Entahkan nyata, Entahkan sirna, Aku mula rasa terhina... Aku ingin menjadi pencinta Yang mengejar tanpa putus asa Bila cinta membisikkan rasa Diriku mula mendapat cahaya... Bukankah Tuhan telah tunjukkan dengan ayat-ayatNya? Sungguh, cinta itu buta Tidak mengenal siapa Namun cahayaNya menunjukkan Syurga Bagi para pencinta yang tunduk padaNya Kerana cintakanNya... Aku ingin dilamun cinta Cinta sebagai hambaNya Dengan ikhlas demi agama Memelihara syariatnya... Sungguh,aku hanya insan biasa Inginkan kekuatan dengan kuasa cinta Alangkah indahnya andai beroleh redhaNya... ~Cinta Bersulam Noda~