Cinta Bersulam Noda

Sekali berbicara soal cinta
Aku jadi malu untuk berkata-kata
Entahkan nyata, Entahkan sirna,
Aku mula rasa terhina...

Aku ingin menjadi pencinta
Yang mengejar tanpa putus asa
Bila cinta membisikkan rasa
Diriku mula mendapat cahaya...

Bukankah Tuhan telah tunjukkan dengan ayat-ayatNya?
Sungguh, cinta itu buta
Tidak mengenal siapa
Namun cahayaNya menunjukkan Syurga
Bagi para pencinta yang tunduk padaNya
Kerana cintakanNya...

Aku ingin dilamun cinta
Cinta sebagai hambaNya 
Dengan ikhlas demi agama
Memelihara syariatnya...

Sungguh,aku hanya insan biasa
Inginkan kekuatan dengan kuasa cinta
Alangkah indahnya andai beroleh redhaNya...

~Cinta Bersulam Noda~

Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah