Maulidurrasul
12 Rabiul Awal 1435 H
Ya Rabbi, betapa kurindu Rasulullah.
tika ini, alam bagai turut berselawat ke atas baginda
tunduk, sejuk mendamaikan jiwa hamba
Iya, kerna alam berbicara lewat perbuatan
sedang kita insan, banyak kata namun kosong dalam.
Ya Rabbi,
aku mahu teggelam dalam hari ini,
hari yang terlalu damai dan tenang
sang bayu seakan berbisik kalimah cintaMu
gunung ganang yang berdiri teguh bagai tunduk padaMu
Langit yang memayungi bumi bagai meluaskan perarakan awan,,
biar sepanjang hari itu meredup, tanda rahmat pada sekalian alam
Ya rabbi,
tanah yang ku pijak di bawah bagai begitu tinggi
dari sekecil dedaun yang kupandang makin menambah yakinku,
betapa besarnya KuasaMu ya Rabbi.
Jika mereka bertanya apa mahu nya aku?
aku mahu kata, aku mahu tenggelam dalam hari ini.
Hari yang penuh sejahtera. Rabiul Awal, 12.
Tadi pagi.
aku berlari meredah atmosfera pagi
sejuk
kicauan burung sama menebarkan sayapnya di udara.
bahkan itu terlalu damai
dengan mentari yang tidak terik namun tetap bercahaya
ia beda
dari hari kelmarin.
Terlalu,
aku merasa terlalu memperoleh sesuatu.
namun itu hanya membuat aku merasa
ya Tuhan, betapa kerdil aku.
Ya Rabbi. Jika dengan keadaan ini yang boleh membuat aku dekat denganMu
sungguh aku mahu terus begini
walau hingga akhirnya
aku mahu tenggelam dalam cintaMu
aku mahu mencontohi akhlak nabi
ya, walau dalam 1 hari sekalipun
Ya Rabbi..
Sungguh rasa itu sukar ditafsir.
aku jadi kelu
dengan indahnya akhlak nabi.
Ya Rasulullah.
bahkan aku jadi malu
dengan hikmah tingkahnya.
Ya Rabbi.
Betapa agungMu ya Rabbi..
aku jadi malu
aku jadi kelu
bahkan kaku
segala ini.
hanya membuat aku senyum dalam tangisan
betapa besar kuasaMu. AgungMu. MuliaMu. Ya Rahmaan.
Allahumma solli a'la muhammad.
12.45 tghari
14/1/2014

Comments
(al-ankabut: 2-3)
Allah hu Rabbi.