Jagakan Aku, Dia dan Mereka

..Allah, andai aku mampu berbicara dengan hati mereka. mahu saja ku katakan, cukup lah bermesej2 cinta dgn ajnabi. semua itu hanyalah ilusi. cinta palsu yang tak bawa ke mana. semua itu hanya angan-angan yang tak kan tercapai. bahkan mampu menjadi mimpi ngeri jika kamu melangkah dari zon jahliyah.

..Allah, andai saja kata2 semudah itu untuk mereka fahami, namun hakikatnya itu tak mungkin terjadi. Jika aku hanya berbicara di hati.

..Allah, aku akui aku tidak sempurna. turut juga insan yang kurang. Tapi sebolehnya aku tak mahu mereka terjebak ke kancah zina. Sungguh, aku bimbang pada diriku dan mereka.

Ya Rabb, ku tak mahu menghukum mereka dgn kesilapan itu, kerna sungguh jika bukan kerna hidayah dan Taufiq-Mu, aku juga turut sama seperti itu.. Maka ya Rabbi, tolong limpahkan taufiq dan hidayahMu kepada aku dan mereka.

Moga mereka dan aku sedar bahawa itu suatu yg tak elok. amat. apabila diri telah melangkah kehadapan. ya Allah, tolong kasihi aku, dia dan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah