Remaja

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.

Allahumma  solli ala Muhammad.

Buat jiwa2 remaja yang sangat mencintai Allah dan sedang usaha mengikut sunnah Rasulullah.
Assalamualaikum.

Post kali ini saya akan cuba untuk mendalami jiwa-jiwa remaja yang mana semuanya berdasarkan pengalaman yang serba kurang. Tidak mampu untuk saya mengerti sepenuhnya tapi saya cuba untuk fleksibel.

Remaja yang amat dikasihi.

menapak selangkah daari kepompong kehidupan, itu hanya membuka pandangan mata akan dunia yang luas terbentang. Kita melihat, kawan dan teman-teman hidup bagaikan tiada apa yang membimbangkan. mereka sangat 'enjoy' seolah2 tiada yang perlu difikirkan. Kita pandang diri kita sendiri semula, aku bagaimana? kenapa aku tidak seperti mereka? kenapa aku banyak memikirkan itu dan ini? hm, merenung  sejenak,  mungkin aku punya personaliti yang berbeza.

Remaja yang Allah  cinta,

Pernah sesekali jiwa kita memberontak ingin sebuah kebebasan tanpa batasan. tapi percaya lah itu takkan kemana hanya bawa kita ke gaung kemusnahan. Tipu jika tidak pernah merasa tergugat apabila sekeliling mengajak pada suatu yang menyoronokkan. namun hakikatnya keseronokan itu hanya membawa ke arah derhaka pada Tuhan. Jalan kemaksiatan luas terbentang di hadapan, namun kerna benteng iman kita gagah meredah jalan itu tanpa mengundang kemurkaan Tuhan. Ya, kita usaha memimpin diri ke arah jalan Menuju Allah,  menuju keredhaan dan kerahmatanNya yang terlalu luas.




Remaja yang hebat sekalian,

izinkan kata2 ini memulihkan sedikit jiwa yang gusar. Pengorbanan kita itu,, Allah pandang. yakinlah. Kita, pernah saja rasa ingin berbakti pada masyarakat, agama, bangsa dan segalanya. tapi kadang kita rasa kita tak mampu buat apapun. hingga kita cemburu, cemburu yang baik...cemburu sebab ada rasa ingin berbakti pada ummat.. normallah, siapa yang tak mahu menjad insan yang bermanfaat untuk ummat. Tapi percayalah, setiap orang ada kelebihan tersendiri.. saya sendiri, dari kecil ingin berada di bidang agama, tapi Allah izinkan saya berada di bdang sains...sekarang, bila saya muhasabah kembali,, rupanya Allah sangat sayangkan kita. Allah tahu saya tak mampu memikul amanah jika berada di bidang agama.. ya, namun itu tidak memadam kewajipan untuk setiap muslim menuntut ilmu agama..

percaya dan yakinlah...kita ada kelebihan tersendiri, yang boleh kita buat untuk bermanfaat kepada ummat.. tumbuhkan rasa syukur itu dalam hati, atas apa yang kita ada sekarang.. hei..amanah sekarang pun kita terkontang-kanting lagi untuk melangsaikan, kita mahu pula pinta suatu yang belum pasti untuk kita tunaikan... Allah berikan pada kita ikut kemampuan.. berdoalah pada Allah, moga Allah izinkan kita menjadi bermanfaat untuk ummah.

kenapa hidup kita tak tenang? sebab kita tak belajar untuk bersyukur atas nikmat yang Allah bagi. nikmat yang beribu sekeliling kita dipandang sebelah mata.. yang nampak hanya yang orang lain dapat.. hei..kita bernafas, kita berjalan, kita hidup..kita berjalan atas muka bumi ni, semua tu nikmat tau. sedar x kita takkan mampu jalan kalau bumi ni tiada graviti? sedar tak kita ni susah nak nafas, kalu bukan kerana rahmat Allah, salah satunya diberinya kita suatu yang tak kita  pernah minta. atmosfera tu..lapisan atmosfera..  Allahh bagi tau walau kita tak pinta. dan kita boleh je hidup kat muka bumi ni, alhamdulillah. tapi,  kenapa bila kita dah hidup, nafas, jalan, bercakap,, kenapa kita perlu lupa yang kita ada Allah yang Maha Hebat? kenapa kita perlu lalai dan tamak dan  berlumba-lumba kejar kemewahan, kemegahan duni. hei, kita lalai tahu tak..

kita lumba-lumba nak menang, nak lebih  dari kawan2 kita. nak nampak lebih baik dari kawan-kawan kita, padahal Allah lebih tahu segala isi hati. kita ni hanya lebihkan padangan manusia. nak di'lihat' sebagai yang paling baik, sedangkan kita lupa niat kita dah lari. perbaiki niiat. baiki niat. perbaharui niat. tolong.. niat kita semua dah lari.. kita kata kita mahu redha Allah, tapi..kenapa gaya kita seolah2 melebihkan manusia..

remaja yang dikasih,

sungguh, penat kalau kita mengejar kesempurnaan  pandangan manusia dan dunia, sungguh  saya tak tipu.  bila lagi  kita  nak betul2 ikhlaskan hati yang tiap tutur, perbuatan kita hanya untuk redha  Dia. cukuplah berkira2 jumlah  pahala.    kita masuk syurga adalah atas rahmat Allah.

cukuplah kejar-kejar mewah dunia. mahu ke kita kejar hingga ke lubang kubur?  sia-sia  mati kita jika begitu.. cukup...cukuplah.. sungguh, penat kalau terus kejar mewahnya dunia... kejarlah redha Dia Yang Maha Pencipta....Allah.









Comments

Unknown said…
follow blog ni jugak www.mellylyna.blogspot.com

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah