Bicara Iman
Semarakkan bicara iman,
jangan biar ia terperosok,
di ceruk hati yang lama mati,
mungkin nanti ia akan membangkitkan diri,
yang telah lama menyepi.
Bangunkan jiwa,
penuhi dada dengan cahaya ilmu
menagih fahaman yang jitu
agar kelak tidak buntu
mahu tersepit keliru
yang digelar qalbu itu harus hidup
tapak kan gersang tanpa mengalir iman
iman yang kontang tanpa bersihnya jiwa
kemarau ilmu yang telah lama mendiami
semangat pun kaku tidak bangkit lagi
ayuhlah bangun,
gelora darah pemuda,
generasi kemenangan yang dijanjikan,
teguhkan semangat dan keimanan kembali
agar terus jasad memakmur bumi
jangan biar ia terperosok,
di ceruk hati yang lama mati,
mungkin nanti ia akan membangkitkan diri,
yang telah lama menyepi.
Bangunkan jiwa,
penuhi dada dengan cahaya ilmu
menagih fahaman yang jitu
agar kelak tidak buntu
mahu tersepit keliru
yang digelar qalbu itu harus hidup
tapak kan gersang tanpa mengalir iman
iman yang kontang tanpa bersihnya jiwa
kemarau ilmu yang telah lama mendiami
semangat pun kaku tidak bangkit lagi
ayuhlah bangun,
gelora darah pemuda,
generasi kemenangan yang dijanjikan,
teguhkan semangat dan keimanan kembali
agar terus jasad memakmur bumi
Comments