Sangka Baik itu Perlu

..Tika rayuan-rayuan setan mengalir
ke urat sarafnya, tika itulah kau
hanya mula mengenal ,
bukan penghukum..


Aku melihat langit. Luas terhampar bersama manik-manik indah bertaburan memujuk hati. Tidak lama selepas itu langit mendung. Kian gelap. Akhirnya bumi disimbah hujan yang padanya ada rahmat. Ya Allah, berilah rahmat ke atas hujan yang turun ini. 

Aku terus memerhati. Pepohon yang ditimpa hujan bergerak perlahan bersama angin. Akur dengan sunnatullah. Aku tunduk ke bawah. Kulihat tanah yang membasah dengan titisan demi titisan hujan. Akur, tidak membantah. Kemudian, kutatap telapak tangan ku. Kuhulurkan ke hadapan agar dihinggapi titisan rahmat. 

Aku  terus merenung. Aku tahu. Aku perlu perbaiki lagi diriku untuk bergerak dengan gerabak tarbiyyah. Pencarian dan solusi harus diteruskan, tidak boleh sekerat jalan. Ya. Aku tahu itu, kerna ini lah jalan  yang ku pilih. Jalan dakwah dan tarbiyyah.

Jom berkongsi mengenai husnudzon. Apa tu?  Sangka baik. Pada siapa lagi yang perlu kita sangka baik jika bukan Allah.. Senyum. Sudah kenal benarkah kita pada Yang Menciptakan kita? Jika benar dah kenal, mengapa masih mengeluh, mengapa masih resah, dan gelisah, mengapa tidak tenteram. Pasti ada yang tidak beres. Lihat juga hubungan kita sesama manusia. Berkasih sayang kah kita pada ummat akhir zaman yang Rasulullah rindu ini. Hei. Siapa lagi kalau bukan kita? Ya. Kita. Rasulullah, kekasih Allah, yang paling paling mulia merindukan kita semua. Bagaimana kita, hamba Allah yang penuh sarat dengan dosa, boleh membenci sesama muslim, sesama makhluk? 

:')

Husnudzon. Allah sangat sweet. Tersangat baik, tidak diberi melainkan yang kita perlu. Sangat penyayang, kerna memberi ujian supaya kita bersedia pada masa akan datang. Allah, dah berfirman awal-awal dalam Al-Quran.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, 
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) 
seperti yang telah berlaku kepada orang-orang 
terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan 
(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, 
serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh)."

(Surah Al-Baqarah : 214)


Allah. Kita hamba, wajarlah diuji. Lantas, mengapa mengeluh? Senyumlah. Berlapang dada. Allah sangat sangat sweet. Tarbiyyah Allah amat mahal. Malah, nilai sebuah pengalaman itu sendiri tak akan dapat dibayar dengan wang ringgit.. Masya-Allah. Jom, muhasabah.

*kenang ramadhan 2009

..Cintakan bunga, akan layu,
cintakan manusia, akan mati,
Cintakan Allah, yang hakiki,
Itu lah cinta yang abadi
sahabat-sahabat..


Tamat.

Comments

Unknown said…
nice entry iman :)
iAM Herrmah said…
DAKWAH ADALAH CINTA..NICE..:D
aimi, cepatnye komen *tutup muke*

thanks, blog aimi lagi best osem, n_n
Herma ;) ade blog rupenye.. ni baru try2 menceburrkan diri. eheh. Insya-Allah, doakan eh. *tutup muka,lari laju2*
Sahabat fillah...

..tolong nasihati aku ? :)

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah