Cemburu kumelihatnya


Ya Rabbi,
aku cemburu padanya,
sebagaimana dia berbakti pada ummah,

aku juga mahu begitu.

Ya Rabbi,
aku cemburu,
sebagaimana dia dekat dengan-Mu,

aku juga mahu begitu.

sebagaimana..
hatinya basah dengan zikrullah,
keimanan yang menggoncang jiwa
menggugah kata
taqarrub dia pada-Mu..
luhur budi dan perilaku...

sungguh, ya Rabbi!
aku mahu seperti itu...

Hai si solehah, ketahuilah, betapa aku cemburu melihat
dekatnya kamu pada-Nya.

Hingga aku terasa ingin
mengejar-Nya bersamamu.

hingga aku merasa
betapa dambaNya hatiku pada
kasih dan rahmat Allah.

Ya Rabbul Izzati...
ampuni kami..

hamba-Mu..

Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah