Hati

Bismillah.

Kehidupan--
sentiasa kumencari-cari sebuah erti.
tentang perananku di muka bumi.

bahkan,
bila kutahu tujuan hidupku,
adakah telah kumampu melaksanakan sebaiknya.

dalam tiap hela nafas,
aku masih-- mencari erti ikhlas, taat,
dan takut pada Dia-- Allah Rabb al-Alameen.

Aku, melangkah.
menjejak  bumi, tika kumaju kehadapan,
kudapati, ummah sedang tenat.

Malah,
luka-luka baru terus menjalari tubuh ummah,
sedang luka lama belum sembuh.

Ya Rabb,
kuasa cinta atas dakwah itu terlalu membara,
namun, untuk mengorak langkah bukan mudah.
sedang diri masih-- bertampalan jahiliyah.

Terkadang merasa tidak mampu,
tapi ku tahu, menjejak syurga tak mudah.

dan kerna--aku tetap mahu, mengeluarkan walau secebis
pengetahuan yang ada, untuk mereka.

Kerna-Mu.

Walau berada dalam ketidaksempurnaan.

Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah