Ilmu



Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.. Alhamdulillah, segala pujian hanyalah bagi Allah. selawat dan salam kepada junjungan mulia, Rasulullah s.a.w.

sahabat semukmin yang dikasihi kerana Allah.
Ingin saya kongsikan sedikit pengisian yang saya peroleh sebelum 1 Muharam 1435H. Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk ke 1 program KOBAR'13.

Terlalu banyak hikmah dan ibrah yang diperoleh.

pertama, saya baru tahu apa itu 'hamasah'. golongan muda biasanya mempunyai semangat yang tinggi, berkobar-kobar serta bertenaga. semangat yang tinggi dan hebat itu dipanggil hamasah. justru, golongan muda dan tua tidak boleh dipisahkan. golongan tua mempunyai kebijaksanaan / pengalaman tetsendiri (hikmah). maka, hikmah yang disertai hamasah akan menghasilkan satu keseimbangan dalam kehidupan.


Insya-Allah.

bahagian muhasabah diri melalui sirah, saya mulai kenal Bilal bin Rabah, bagaimana teguhnya pendiriannya berpegang pada tali Allah iaitu, addeenul Islam. makin dia diseksa, makin tinggi imannya! Kalimah Ahad! Ahad! (Allah yang satu) tidak lekang dari ruh , jiwa dan ucapannya!

Sumayyah dan Yassir, yang terus thabat atas jalan Allah! betapa tinggi keyakinan mereka pada janji Allah buat mereka yang beriman! Masya-Allah.  Suhaib ar-Rumi, daripada kaya menjadi miskin kerana cintanya yang besar terhadap Islam! Mus'ab nin Umair, seorang bangsawan, namun pabila nur islam menyinari hidupnya, pengakhiran hidupnya terzahir melalui kain kafannya yang singkat dek kemanisan yang dirasai berkorban di jalan Allah! Asma'binti Abu Bakar, berusaha bantu menyediakan bekalan makanan kepada nabi dan Abu Bakar, walau tika itu dia sarat mengandung! Abu Sufian, 20 tahun menentang nabi hingga akhirnya apabila sinar islam hadir, dialah yang menjadi bent
eng Rasulullah dalam perang Hunain!

Allahu akhbar!
apalah usaha kita berbanding mereka?

Pengisian seterusnya, gerhana, belum tenggelamnya mentari. Ummah, sedang tenat. Barah dengan maksiat! Astaghfirullah... keruntuhan ummah ini perlu dilihat dengan kaca mata keimanan. LUKA-LUKA BARU MENJALARI TUBUH UMMAT! SEDANG LUKA SEMALAM BELUM SEMBUH. Apakah kita masih tegar duduk, berdiam diri, goyang kaki di rumah sedang ummah diluar sana dalam bencana jiwa? kontang iman.  wahai diri, adakah mereka tidak mampu merasai keimanan di dalam jiwa? sedangkan mereka juga manusia.. ayuhlah, kita bantu mereka. juga diri kita..kita semua mahu bertemu di syurgaNya kan?

Allah..Allah...

wahai Ummah, saya si kerdil ini..ingin sangat kalian tahu, betapa saya mahu kita semua bertemu disyurga Allah. betapa saya tak mahu kita semua, wahai ummah..kehilangan peluang MEMASUKI SYUGA-NYA! dan jika kita semua mampu kesyurga, saya tak mahu kita semua kehilangan peluang merebut syurga yang tertinggi! AL JANNATUL FIRDAUS!

ayuhlah... belum terlambat untuk kita berubah. ada peluang dalam setiap jela nafas yang Allah izinkan. Ada ruang untuk kembali kepada Allah yang boleh kita amalkan. Sungguh, saya kasihkan jalan ini, jalan yang menautkan keimanan kita hanya kepada Allah!

Allahumma solli a:la muhammad.

Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah