Posts

Showing posts from 2015

Masjid an nabawi..

Mereka bersesak-sesak beribadah di masjid nabawi, Madinah al munawarah. Mengabdikan diri kepada Pencipta. Dari jauh, satu insan terus memerhati. Air matanya  mengalir. Alangkah bertuah mereka yang telah ke sana. Masjid an nabawi... Masjid Quba. Indah sekali tatkala dapat menjejakkan kaki ke sana. Moga mereka memanfaatkan sepenuhnya peluang tatkala berada di sana. __ Malam zulmat bersama kerlipan bintang dan sinar bulan sukma terus berbisik rindu untuk bertemu kekasih hati Rasulullah s.a.w... 21:30 12 Sept 2015 Iman Farhana

Nota Kecil Bahagia

Bismillah.. Alhamdulillah. Saya masih diberi peluang untuk menulis lagi pada hari ini. Bersyukur atas nikmat yang diberi Ilahi, dengannya kita mampu meneruskan perjuangan dalam kehidupan. Hari ini lama saya bermuhasabah, mengenai hubungan sesama manusia. Selalu, kita mampu tersenyum ria apabila mencapai sesuatu keinginan, berkongsi cerita yang menggembirakan. Tetapi, apabila tiba masa kesusahan, kebanyakan kita lebih banyak memendam sendiri. Sahabat yang saya hormati, Ketahuilah, jika dipandang dari sudut manusiawi, satu kelemahan buat manusia apabila segala rasa terperuk di hati, yang baik dipendamkan, yang buruk pula disimpan. Fitrah kita saling memerlukan antara satu sama lain, amat berkehendakkan satu kejujuran. Belajar menghargai dan memberi dorongan, semangat kepada mereka yang telah memberi sesuatu buat kita. Apabila ada hal yang tidak menyenangkan, belajar memberitahu mereka secara bijaksana. Apa guna memendam rasa, tersimpan lama di dalam hati kerana ia tidak mampu

Pemuda

Saya bertanya, dari mana sumber kekuatannya. Tiada jawapan. Lantas teringat pesan guru yang dihormati, orang yang kuat itu akrab dengan Tuhan. Membaca kisah jalan hidup kawan-kawan, buat saya tersenyum sendiri. Masa muda. Muda adalah peluang masa untuk kita atur jalan menuju impian dan cita-cita. Menyediakan usia 20-an dengan ilmu, agar pada usia 30-an kita mampu berkhidmat dengan baik, itu pesan ustaz Hasrizal daripada pembacaan saya di facebook Jejak Tarbiah. Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hatimu! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun, petikan tasauf moden, HAMKA. Ya, masa muda peluang menjadikan mimpi sebagai kenyataan. Antara ciri orang cemerlang adalah mempunyai mimpi. Dream. Ambition. Cita-cita. Tanpa semua itu hidup bagai terawang-awang. Tiada matlamat. Muda, ruang persediaan dan tindakan untuk meraih mimpi. -- Allah. Pantas sekali masa muda hampir berlalu, hilang sudah umur belasan. Akan lalui usia 2

Friendship

Bagaimana mereka tidak disayangi, jika mereka lah insan yang menghidupkan cinta pada Allah saat ia memudar. Pasti mereka amat bermakna, kerana mereka yang bersusah payah meminjamkan masa kepada saya saat saya memerlukan. Baru hari ini saya sedar, 5 bulan yang lalu tempat itu yang saya amat ingin pergi bersama sahabat-masjid. Saat buntu untuk hidup bermasyarakat, masjid tempat pertama yang saya rasa kan selamat untuk menyatuni pelbagai golongan. SubhanAllah, lama sungguh tempoh keinginan itu tercapai, sehingga lupa tempat terpenting bagi saya. Penting sekali peranan sahabat. Mereka yang mengingatkan kita saat leka. Kalian mahu tahu satu hal, pertemuan tadi amat bermakna buat insan seperti saya. Jazakillahu khair, ukhti. Seolah-olah baru hari ini, tersedar atas nikmat iman dan islam selama ini. SubhanAllah. Apa yang ada di fikiran selama ini? :) Allah, Maha Baik.

Bagaimana untuk bermula?

Image
  ( write your own story ) Tulisan itu kadang dengan begitu mudah diatur membentuk susun kata yang mengubat jiwa dan  membangkitkan semangat. Kadang untuk mengeluarkan satu ayat terasa amat sukar hingga mengerah minda dan keringat,baru timbul perkataan yang itu pun  tidak berapa menarik. Aduh, mencabar bukan dunia penulisan ini? Menulis memerlukan masa yang sesuai dan penumpuan sepenuh perhatian. Tiada tulisan terhasil jika masa tidak tersusun. Tulisan lahir dari diri kita sendiri. Setelah segala ilmu tergaul  sebati dalam hati lalu diproses ke minda untuk dikeluarkan dalam bentuk tulisan mahu pun perkataan. Semakin saya belajar menulis, saya sedar bahawa saya amat faqir pada huruf. Kadang amat sukar menterjemah apa yang bermain di minda untuk disampaikan dalam bentuk tulisan. SubhanAllah. Satu hikmah terbesar yang baru saya nampak hari ini adalah besarnya nikmat bahasa dan tulisan. Ini baru satu bahasa; iaitu bahasa Melayu. Apatah lagi jika kita mempelajari pelbaga