Pemuda

Saya bertanya, dari mana sumber kekuatannya.

Tiada jawapan.


Lantas teringat pesan guru yang dihormati, orang yang kuat itu akrab dengan Tuhan.

Membaca kisah jalan hidup kawan-kawan, buat saya tersenyum sendiri. Masa muda.

Muda adalah peluang masa untuk kita atur jalan menuju impian dan cita-cita.

Menyediakan usia 20-an dengan ilmu, agar pada usia 30-an kita mampu berkhidmat dengan baik, itu pesan ustaz Hasrizal daripada pembacaan saya di facebook Jejak Tarbiah.


Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hatimu! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun, petikan tasauf moden, HAMKA.

Ya, masa muda peluang menjadikan mimpi sebagai kenyataan.

Antara ciri orang cemerlang adalah mempunyai mimpi. Dream. Ambition. Cita-cita. Tanpa semua itu hidup bagai terawang-awang. Tiada matlamat.

Muda, ruang persediaan dan tindakan untuk meraih mimpi.

--

Allah. Pantas sekali masa muda hampir berlalu, hilang sudah umur belasan. Akan lalui usia 20-an. Saya bertanya diri, apa yang harus dijawab apabila bertemu Allah nanti. Ke mana usia saya digunakan.






Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Semulia Khadijah

Aku bukan perempuan itu