Friendship

Bagaimana mereka tidak disayangi, jika mereka lah insan yang menghidupkan cinta pada Allah saat ia memudar.

Pasti mereka amat bermakna, kerana mereka yang bersusah payah meminjamkan masa kepada saya saat saya memerlukan. Baru hari ini saya sedar, 5 bulan yang lalu tempat itu yang saya amat ingin pergi bersama sahabat-masjid. Saat buntu untuk hidup bermasyarakat, masjid tempat pertama yang saya rasa kan selamat untuk menyatuni pelbagai golongan.

SubhanAllah, lama sungguh tempoh keinginan itu tercapai, sehingga lupa tempat terpenting bagi saya. Penting sekali peranan sahabat. Mereka yang mengingatkan kita saat leka. Kalian mahu tahu satu hal, pertemuan tadi amat bermakna buat insan seperti saya. Jazakillahu khair, ukhti.

Seolah-olah baru hari ini, tersedar atas nikmat iman dan islam selama ini. SubhanAllah.

Apa yang ada di fikiran selama ini?

:)

Allah, Maha Baik.


Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah