Berimankah aku

..Orang mukmin adalah orang
yang hebat, mengambil pengajaran daripada
pengalaman, tidak dibiarkan jatuh dalam keadaan
yang sama dua kali, kerna mereka lebih baik dari semalam..



"Sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka
yang sering bertaubat dan membersihkan diri."

( Surah Al-Baqarah : 222 )

Taubat. Mengapa taubat penting? Malah, disebut, mereka yang "sering" bertaubat? Apakah tidak cukup solat sunat taubat yang penuh khusyuk itu? 

Kerna beza orang yang beriman dengan orang biasa, apabila orang yang beriman membuat dosa, dia merasakan seperti gunung yang menghempat dirinya, teramat berat, dan itu menjadikan dia sering bertaubat demi keredaan Ilahi.

..Berimankah aku..

Rasulullah, baginda maksum, bersih dari dosa. Tetapi baginda sering mengulang-ulang taubatnya. Tidak putus istighfar. Bagaimana dengan kita, marilah, istighfar selalu. Ketahuilah akhir zaman ini fitnahnya besar sekali. Kita mampu berhubung dengan orang yang paling jauh kat dunia ni dalam tempoh sesaat. Imagine that! Sedangkan dahulu, untuk menghubungi orang terdekat pun memerlukan usaha sendiri untuk berjumpa.

..Senyum..

Ketahuilah, sesungguhnya Allah itu dekat. Sangat dekat dengan kita. Allah amat mencintai , mereka yang sering bertaubat. Kita buat dosa,taubat lagi. Jatuh, bangun lagi dan lagi. Tetap terus bangunkan diri walau pun kita sedar yang kita sering jatuh. Jangan putus asa, teruslah melangkah. Terus minta keampunan Allah. Tidak peduli kesudahannya, diserahkan kepada Allah. Yang penting adalah usaha kita untuk menjadi hamba yang terbaik walaupun sering terjatuh.

..hiris bawang laju-laju ..  

Terbit harapan setinggi langit ingin dicintai Allah. Kita semua layak untuk berubah. Orang yang beriman tak akan putus asa dari rahmat Allah. Tak kan putus asa dari meminta keampunan Allah.  Kerna orang beriman itu hebat. Mereka yakin pada janji-janji Allah.

..baca surat cinta daripada Yang Maha Pengasih..

Orang beriman, berbaik sangka dengan Allah. Kerna mereka tahu, Allah, adalah seperti mana yang mereka sangka. Orang beriman rendah hati. Sehingga aku kata-kata ini:

"..aku merasa hairan dengan orang mukmin, bilamana ditimpa musibah mereka bersabar, dan mereka bersyukur apabila diberi nikmat.."

(gambar hiasan)

Pasti, setiap orang ada fitrah kebaikan. Tidak kira betapa rocknya dia, sempoi atau siapa pun dia. Pasti, pasti ada fitrah. Kerana kita manusia dan fitrahnya adalah kebaikan. Maka siapa pun kamu, terus lah melangkah untuk berubah. Perbaharuilah niat. Segalanya-  kerana Allah. 

Aku percaya, kita hanyalah manusia. Tetapi manusia yang teristimewa, dikurniakan akal untuk berfikir. ..Maka beruntunglah mereka yang memilih jalan yang benar.. Teguhkan lah hati.

( Ali Imran :103 )

Manusia. Ya, kita banyak dosa. kita pendosa. Aku dan kamu. Tetapi kita mahu jadi yang beriman. Yang apabila berbuat dosa, kita lekas-lekas sedar dan bertaubat.

..Lunaklah wahai hati terhadap Pencipta-Mu..

Justeru, kembalikan lah hati kita pada Allah. Seringkan istighfar. Dan sekali lagi diingatkan, bahawa Allah berfirman:


"Sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka
yang sering bertaubat dan membersihkan diri."

( Surah Al-Baqarah : 222 )




Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah