Tarbiyah daripada-Nya
( kredit )
Surah Al-Hajj,
...
22. Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasalah kamu azab yang membakar!
...
Surah Ali I'mraan,
...
21. Sesungguhnya orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka dengan azab yang pedih.
22. Mereka itulah orang yang rosak amalan mereka di dunia dan di Akhirat, dan mereka tidak akan memperolehi sebarang pertolongan.
...
Surah at-Taubah,
...
16. Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan, padahal belum lagi terbukti kepada Allah orang yang berjihad dan yang tidak mengambil teman-teman rapat, selain dari Allah dan RasulNya serta orang yang beriman? Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.
...
Surah Yunus,
...
12. Dan apabila seorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami, sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; Maka setelah Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia kembali dengan cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu pada Kami memohon hapuskan sebarang yang menimpanya. demikianlah diperelokkan pada pandangann orang yang melampau apa yang mereka lakukan.
...
Air matanya menitis. Dia benar-benar mahu keluar dari penjara jahiliyah. Dia ingin menjadi muslim yang kuat. Mukmin yang bertaqwa. Tapi... dia perlu mencari punca imannya cepat lemah. Dia benar-benar bimbang andai betul hawa nafsunya yang diikuti sekarang ini. Dia kebuntuan! Dia ingin kembali ke fitrah kebaikan. Fitrah Islam. Fitrah islam dan islam yang sebenar. Air mata mengalir laju.
Surah Ar Ruum,
...
30. Maka hadapkanlah dirimu ke arah ugama(islam) yang jauh dari kesesatan; (sebagai)Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya; tidak patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah ugama yang betul lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
31. Kembalilah kepada Allah dan bertaqwalah kepadaNya; dan janganlah kamu menjadi kaum yang musyrik.
...
Hatinya terpujuk, tangannya menyelak lagi tafsir al-Quran kesayangannya. terbaca akannya ayat 9 hingga 12 daripada surah al-Ahzab. Dirinya menjadi tenang. Dia tersenyum. Esok dia akan terus mencari jawapan bagi setiap persoalannya. Itu tekadnya.
( gambar hiasan )
Comments