Menjadi Terkenal

..menjadi sebutan penduduk langit
pabila Allah mengizinkannya
untuk turut sama menjadi
bualan penduduk bumi..


Pernah suatu ketika, aku tercari-cari akan diriku sendiri. Pernah suatu ketika aku tahu tentang dosa dan pahala. Pernah suatu ketika, aku mulai mengerti erti kehidupan. Ya, suatu ketika dahulu. Saat aku hanya tahu, aku tahu. Tetapi aku tak mampu berbuat apa-apa, kerna ketika itu ku masih merasakan kosong. Hidup yang tiada hala tuju.

Suatu ketika itu lah, saat aku giat tercari-cari tujuan hidupku.  Aku merentas masa, pernah kuterfikir menjadi pelukis tersohor disebut-sebut manusia. Pernah terfikir menjadi penulis yang amat terkenal dengan karya memikat hati. Ya, suatu ketika dahulu. Ku terasa hilang punca. 

Hingga lah suatu detik, Allah menggerakkan hati untuk menemui cinta-Nya dalam tahajud. Di dalam bulan ramadan. Suatu ketika dahulu. Merasa cemburu pada  mereka yang berjaya bercinta sama Tuhan di sepertiga malam. Cemburu pada mereka yang berjaya mencapai tudung labuh untuk menutupi dirinya. Aku ingin menjadi seperti mereka.

Ramadan.

Dalam bulan itu lah, aku menemukan cinta Tuhan. Ketika aku terlalu mentah dalam bertatih atas syariatnya.
Aku bersyukur sepanjang tempoh itu, Allah kurniakan kepadaku kawan-kawan dan guru-guru yang sentiasa menguatkan. Saat itu, saat yang kubaru tahu, erti kehidupan. Aku meredah duri-duri ujian dengan sokongan mereka. Juga keluargaku. Alhammdulillah.

Terus melangkah dengan reda, hingga lah sebelum masuk ke universiti.

Aku diuji oleh Allah dengan ayat ku sendiri. 

..iman cinta Allah..  

Sedetik cuma selepas ku ungkap kalam itu, aku diuji. :)

Mengenang kembali ujian dari-Nya, aku bersyukur. Kerna dengan ujian itu, aku juga 'digerakkan' untuk menukar penampilan. Yang insya-Allah, demi reda-Nya. Aku mulai bertudung labuh. Aku 'terjebak' dalam gerabak tarbiyah. Pada ketika itu, aku semakin sedar. Yang aku wajar cari selama ini bukan lah sebutan-sebutan penduduk bumi. Tetapi aku rindu untuk menjadi sebutan penduduk langit. Walau kutahu, ku tak mampu. Walau kutahu, aku terlalu kerdil dn hina di sisi-Nya.

Kini, aku semakin ingin mengerti dua tujuan hidup ini.  Sebagai abid (ahli ibadah) dan khalifah. Dan menjadi abid itu bukan hanya di masjid. Tetapi andai setiap perbuatan kita dimulai dengan basmallah dan dihiasi dengan zikrullah, itu turut dikategorikan sebagai abid. Masya-Allah. :,)

Dan (ingatlah) ketika TuhanMu berfirman  
kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak 
menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini.....

(surah Al-Baqarah : 30)


Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia 
melainkan untuk mereka menyembah-Ku.

(Surah Adz Dzaariyaat : 56)

Moga Allah terus memberikan hidayah dan taufik-Nya, pada kauu dan aku dalam menelusuri syariat-Nya. :,)
Kerna aku manusia biasa, yang berdosa, sangat ingin didamba syurga Allah :'(

(gambar hiasan)

Ya Allah, 
Andai kami jatuh, bangunkanlah kami,
Andai kami lalai, cuitlah hati kami,
Andai hati ini gelap, terangilah hati ini,
Andai hati ini keras, lembutkanlah kembali.

Ya Allah, hanya reda-Mu yang kami cari.
Maka limpahkan lah rahmat-Mu yang luas pada kami
dan tunjukkan lah kami jalan yang lurus,
Ya Rahman.

Amin..

Terima kasih, Aimi. Menjadi inspirasi buat diri ini. :) Thanks to all. do visit here :)



Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah