Nasihati Aku

..ketika berguguran dedaun,
masih, hal itu juga dalam Pengetahuan Allah,
maka layakkah kita hamba-Nya untuk menidakkan 
segala takdir yang telah ditetapkan Allah di Luh Mahfuz..



Kebetulan, bukan. Ini bukan kebetulan. Ini kenyataan yang lazim dihadapi. Pernah suatu ketika aku terdengar; sekiranya kita pinta untuk Allah berikan kekuatan, akan diberikan kepada kita ujian demi ujian agar akhirnya kita  kalis dengan ujian tersebut :) . 


Seorang hamba Allah terus meminta dan meminta pada Allah. Terlalu banyak. Bermacam-macam. Tetapi dia sedar yang Allah belum memakbulkan doanya. Tiba satu detik yang tak dijangka, Allah menunaikan doanya. Apa doanya? "nasihati aku". Rupanya ada insan yang menghantar mesej untuk menasihati dia ! pada ketika yang hamba Allah itu tak lagi mengharap Allah makbulkan doanya. 

Dia marah. Tegar nya mereka menasihati dia sedangkan baginya segala kelakuan yang dibuat sudah cukup  sempurna.

( boleh kau nasihati aku? )

Hatinya cukup. Memberontak. Dia mengambil masa untuk tenang. Berlapang dada. Dibaca kembali nasihat yang diberi. Tiba-tiba di bagai tersedar. 'Bukan kah dahulu dia yang meminta nasihat? mengapa harus marah.'..getus hatinya. 

Hamba Allah itu senyum. " Masya-Allah, aku lupa aku pinta nasihat. Aku malu ya Allah, dengan Kau dan diriku sendiri." Pipinya agak hangat dengan air mata.

Segera dibalas nasihat yang diterima daripada mesejnya;

"Terima kasih. Terima kasih kerana menasihati aku."


Nah.... Dari kisah ini ( moga-moga kalian faham~ ) sebenarnya ingin ku ingatkan.. bahawa kita ini, terlalu banyak meminta pada Allah. Ya, itu tidak salah. Tetapi apabila Allah makbulkan doa kita pada saat yang tidak kita jangka, mengapa kita marah, melenting dan tidak sabar. Bukankah Allah lebih tahu detik dan tempoh mana yang lebih sesuai untuk Dia makbulkan doa kita? 

Maka, bersabarlah wahai aku dan kamu. Allah lebih kenal siapa kita, diberi Nya pada saat kita benar-benar perlu. Allahu akhbar, Allah itu sangat dekat. Kenal lah Allah. 


( gambar hiasan )

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, 
padahal belum sampai (ujian dan cubaan) seperti 
yang telah berlaku pada orang terdahulu daripada kamu?
 Mereka  telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, 
serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul 
dan orang beriman yang ada besertanya: Bilakah (datangnya) 
pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, 
asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh pada ugama Allah."

(Surah Al-Baqarah : 214)


Mulai hari ini, mari bersabar dan berpegang teguh pada agama Allah. Senyum. Moga taufiq dan hidayah Allah terus melimpah pada kita semua. Amin.



Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah