Posts

Showing posts from July, 2013

Ramadan 5, 1434H

Image
(kredit) Assalamualaikum. Hari ini saya belajar sesuatu. Saya belajar mengenai wasatiah. Bersederhana. Nampak remeh, mudah, tapi sebenarnya 'kesederhanaan' itu memudahkan kerja-kerja kita. Sederhana, indah. Rasulullah membawa contoh akhlak yang paling baik. Bersederhana dalam pelbagai situasi.  Bagi saya, kesederhanaan itu membawa kepada ketenangan. Ya, kerana kita dapat mengurus emosi secara baik, lalu diterjemah dalam gerak laku yang rasional. (kredit) RAMADAN  V nikmat itu  tidak semestinya yang indah-indah yang menggembirakan hati tersenyum penuh erti tapi nikmat itu terindah apabila mendekatkan kita pada Ilahi berhati-hatilah dengan nikmat nan indah, bimbang kita lupa pada Pemberi nikmat bersyukurlah atas ujian yang mungkin kita pandang  sakit, perit padahal itu nikmat terindah bila diri dan hati dekat pada Tuhan.

Ramadan 4, 1434H

Image
momen ramadan 4, 1434H RAMADAN IV kita merasa lemah, lelah bila mendengar pandangan mereka tentang apa yang kita lakukan padahal, kita sedang menunaikan hak sesama muslim. kita merasa sakit, bila diuji hanya dengan kata-kata manusia, padahal ayat-ayat cinta Ilahi lebih indah jika dihayati. mungkin kita silap, terlalu mengikut nilaian manusia, hingga ragu-ragu membuat kebaikan. niat perkara utama, kerana apa yang kita niatkan, itulah yang kita peroleh. maka mengapa harus merasa rendah apabila yang kita lakukan adalah kebaikan. sedangkan malu itu,  harus ditekan pada diri apabila kita membuat kejahatan. ya, malu pada Ilahi, kerana kita belum cukup mensyukuri atas segala nikmat yang diberi ayuh lah, kita baiki hati dan diri, belajar mensyukuri limpahan rezeki, baik sikit mahu pun banyak, hargailah. kerana setiap insan berbeza kelebihan, ada yang pintar berbicara, ada yang

Ramadan 3, 1434H

Image
Bismillah.. Assalamualaikum kawan-kawan. Alhamdulillah, hari ini 3 Ramadan. Syukur kepada-Nya, kerana masih mengizinkan kita bernafas hari ini. Alhamdulillah. Fasa 1, ramadan. 10 hari pertama ramadan. Agak-agak bagaimana puasa kita 3 hari ini? berjaya menjaga hati, mata, tangan, ruh dan jasad kah kita. Moga-moga kita dapat istiqamah, konsisten dalam melaksanakan kebaikan dan menjauhi sikap mazmumah, iaitu perbuatan yang tidak elok. Teringat pula peristiwa dalam bulan ramadan. Peristiwa turunnya Al-Quran. Sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu, dan perbezaan  (antara yang hak dan batil). -rujuk surah al-Baqarah:185 Agaknya, sudah khatam kah kita membaca terjemahan al-Quran. Faham kah kita akan isi nya. Moga-moga kita akan lebih alert mengenai al-Quran. Jom, kita sama-sama menghayati al-Quran mulai hari ini. Kita sama-sama belajar dari kehidupan itu sendiri. Teringat kata-kata seorang sahabat; 'Manusia' bol

Ramadan 2, 1434H

Image
momen ramadan 1433H-t.c RAMADAN II Hadir lembut, dengan awal pagi itu, sinar mentari malu-malu  berselindung balik awan yang redup, sangat damai. cuaca tak pernah sama, begitu juga hati manusia, ada yang sedang merintih, pedih, ada yang damai, tenang. namun apabila segala sandaran  hati adalah kepada Ilahi, Lelah tak akan jadi, kerana kita tahu, kita buat kerana Allah, perit sekali pun dalam melangkah, pasti kita sedar, takkan sama dengan perit  yang Rasulullah rasa selama baginda menyebarkan islam hingga kita dapat merasa sekarang. wahai kita, bangun lah, usah biarkan  diri rebah, jatuh tidak bangun, tapi jadikanlah rebah itu, sebagai batu loncatan untuk kita berdiri lebih teguh di hari kemudian. hari tak pernah sama, ujian seiring kemampuan, Tuhan beri hingga kita benar-benar kalis dengan cabaran agar lebih mampu berdiri sendiri dan hanya Dia,  sebagai tempat bergantung

Ramadan 1, 1434H

Image
momen ramadan , 1433H 6:30:54 am 10 Julai 2013 Ramadan 1, 1434H RAMADAN I hujan turun, membasahkan bumi murabbi, mendamaikan udara ramadan pagi itu. ya, pada ramadan 1 itu, setiap titisan yang penuh rahmat, ada tanda kasih sayang Tuhan pada kita. kita hamba, sejauh mana kita bersyukur selama ini, atas nikmat yg kadang tak terpinta dalam doa, tapi Allah beri jua. ramadan yang hadir itu, telah diwajibkan juga keatas orang sebelum kita, namun adakah kita berjaya bina 'taqwa' itu? sepanjang 1 bulan ramadan ini, kita akan membina 'taqwa', yang akan menjadi penggerak,  kepada 11 bulan seterusnya. maka wahai kita, yang sedang menghirup udara ramadan. hargailah setiap nafas yg Allah bagi, dengan men'syukuri' apa yg diberi. jadikan ramadan ini, ramadan yang membawa manfaat kepada diri dan ummah kerana kita tidak tahu sampai bila Allah akan izinkan kita menghirup uda