Ramadan 2, 1434H
momen ramadan 1433H-t.c
RAMADAN II
Hadir lembut,
dengan awal pagi itu,
sinar mentari malu-malu
berselindung balik awan yang redup,
sangat damai.
cuaca tak pernah sama,
begitu juga hati manusia,
ada yang sedang merintih, pedih,
ada yang damai, tenang.
namun apabila segala sandaran
hati adalah kepada Ilahi,
Lelah tak akan jadi,
kerana kita tahu,
kita buat kerana Allah,
perit sekali pun dalam melangkah,
pasti kita sedar,
takkan sama dengan perit
yang Rasulullah rasa
selama baginda menyebarkan islam
hingga kita dapat merasa sekarang.
wahai kita,
bangun lah, usah biarkan
diri rebah, jatuh tidak bangun,
tapi jadikanlah rebah itu,
sebagai batu loncatan
untuk kita berdiri
lebih teguh di hari kemudian.
hari tak pernah sama,
ujian seiring kemampuan,
Tuhan beri hingga kita
benar-benar kalis dengan cabaran
agar lebih mampu berdiri sendiri
dan hanya Dia,
sebagai tempat bergantung
maka sabarlah, dalam mengharungi
duri ujian, hingga satu masa nanti
kita pula yang mampu memimpin
insan lain menuju redha-Nya.
Insya-Allah.
ramadan--bulan tarbiyah.
10:14:20 am
11 Julai 2013
2 Ramadan 1434H
Comments