Ramadan 1, 1434H
membasahkan bumi murabbi,
mendamaikan udara ramadan
pagi itu.
ya,
pada ramadan 1 itu,
setiap titisan yang penuh rahmat,
ada tanda kasih sayang Tuhan pada kita.
kita hamba,
sejauh mana kita bersyukur selama ini,
atas nikmat yg kadang tak terpinta dalam doa,
tapi Allah beri jua.
ramadan yang hadir itu,
telah diwajibkan juga keatas orang sebelum kita,
namun adakah kita berjaya bina 'taqwa' itu?
sepanjang 1 bulan ramadan ini,
kita akan membina 'taqwa',
yang akan menjadi penggerak,
kepada 11 bulan seterusnya.
maka wahai kita,
yang sedang menghirup udara ramadan.
hargailah setiap nafas yg Allah bagi,
dengan men'syukuri' apa yg diberi.
jadikan ramadan ini,
ramadan yang membawa manfaat
kepada diri dan ummah
kerana kita tidak tahu
sampai bila Allah akan izinkan kita
menghirup udara ini--
"wahai orang yang beriman! diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas org sebelum kamu, agar kamu bertakwa"-al-baqarah:183
Comments