Ramadan 3, 1434H

Bismillah..

Assalamualaikum kawan-kawan. Alhamdulillah, hari ini 3 Ramadan. Syukur kepada-Nya, kerana masih mengizinkan kita bernafas hari ini. Alhamdulillah.

Fasa 1, ramadan.

10 hari pertama ramadan. Agak-agak bagaimana puasa kita 3 hari ini? berjaya menjaga hati, mata, tangan, ruh dan jasad kah kita. Moga-moga kita dapat istiqamah, konsisten dalam melaksanakan kebaikan dan menjauhi sikap mazmumah, iaitu perbuatan yang tidak elok.

Teringat pula peristiwa dalam bulan ramadan.

Peristiwa turunnya Al-Quran. Sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu, dan perbezaan  (antara yang hak dan batil). -rujuk surah al-Baqarah:185

Agaknya, sudah khatam kah kita membaca terjemahan al-Quran. Faham kah kita akan isi nya. Moga-moga kita akan lebih alert mengenai al-Quran.

Jom, kita sama-sama menghayati al-Quran mulai hari ini. Kita sama-sama belajar dari kehidupan itu sendiri.

Teringat kata-kata seorang sahabat;

'Manusia' boleh jadi cermin untuk baiki diri kita. 'Alam' boleh mentarbiyyah kita tanpa perlu kata apa-apa. 'Haiwan' pula boleh membawa akal tentang pengurusan mereka ...Maka, semua perkara pun adalah 'kebaikan' buat kita sebenarnya.


momen ramadan 3, 1433H


..Kadang akhlak itu boleh berbicara tanpa kata apa-apa. 
Siapa yang mampu mengawal hati manusia melainkan Allah. 
Contohi lah rasulullah, contoh ikutan yang paling baik. 


Sayang Rasulullah kan?
 maka ikuti lah sunnahnya, pandang lah akhlaknya. 
Baginda, sangat sayang pada kita semua. :) 
salam ramadan~




RAMADAN III


Tadi, aku memandang langit petang,
sebelah sana cerah mewarna,
sebelah sini, gelap kelabu,


awan-awan itu,


bagai menceritakan kisah manusia dalam diam,
manusia yang tak sama jiwa dan hati,


tapi,


nilai taqwa yang dipandang Ilahi.


Selama tiga ramadan ini,
entah bagaimana diri dan hati,


adakah melekat hati pada Ilahi,
dan 'petunjuk' yang diberi itu.


moga akal itu masih berfungsi,
kerana akal adalah anugerah,


yang membezakan 'darjat' 
manusia dengan makhluk lain,


bilamana manusia itu diciptakan,


dengan tujuan menjadi
abid dan khalifah, di muka bumi.


itulah tujuan hidup kita.


Dan (ingatlah) ketika TuhanMu berfirman  
kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak 
menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini.....

(surah Al-Baqarah : 30)

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia 
melainkan untuk mereka menyembah-Ku.

(Surah Adz Dzaariyaat : 56)

maka, teruslah melangkah,
sebagai 'abid' dan khalifah
di atas muka bumi.


kerana kita tidak tahu,
hingga bila kita mampu berdiri,
menghirup udara yang diberi.


mari lah, meraih redha Ilahi...


6:27pm
12 Julai 2013
Ramadan 3, 1434H

Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah