Ramadan 5, 1434H

(kredit)

Assalamualaikum.

Hari ini saya belajar sesuatu. Saya belajar mengenai wasatiah. Bersederhana.
Nampak remeh, mudah, tapi sebenarnya 'kesederhanaan' itu memudahkan kerja-kerja kita.

Sederhana, indah. Rasulullah membawa contoh akhlak yang paling baik. Bersederhana dalam pelbagai situasi. 

Bagi saya, kesederhanaan itu membawa kepada ketenangan.

Ya, kerana kita dapat mengurus emosi secara baik, lalu diterjemah dalam gerak laku yang rasional.


(kredit)


RAMADAN  V


nikmat itu 
tidak semestinya yang indah-indah
yang menggembirakan hati
tersenyum penuh erti


tapi
nikmat itu
terindah apabila
mendekatkan kita pada Ilahi


berhati-hatilah dengan nikmat nan indah,
bimbang kita lupa pada Pemberi nikmat


bersyukurlah atas ujian yang mungkin
kita pandang  sakit, perit
padahal itu nikmat terindah
bila diri dan hati dekat pada Tuhan.




Comments

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah