Ramadan 4, 1434H

momen ramadan 4, 1434H


RAMADAN IV


kita merasa lemah, lelah
bila mendengar pandangan mereka
tentang apa yang kita lakukan


padahal,
kita sedang menunaikan
hak sesama muslim.


kita merasa sakit,
bila diuji hanya dengan
kata-kata manusia,


padahal ayat-ayat cinta Ilahi
lebih indah jika dihayati.


mungkin kita silap,
terlalu mengikut nilaian manusia,
hingga ragu-ragu membuat kebaikan.


niat perkara utama,
kerana apa yang kita niatkan,
itulah yang kita peroleh.


maka mengapa harus merasa rendah
apabila yang kita lakukan
adalah kebaikan.


sedangkan malu itu, 
harus ditekan pada diri
apabila kita membuat kejahatan.


ya, malu pada Ilahi,
kerana kita belum cukup mensyukuri
atas segala nikmat yang diberi


ayuh lah, kita baiki hati dan diri,
belajar mensyukuri limpahan rezeki,
baik sikit mahu pun banyak,
hargailah.


kerana setiap insan berbeza kelebihan,
ada yang pintar berbicara,
ada yang seni, melukis,
ada yang bijak, berhikmah.


setiap manusia Allah cipta,
mempunyai kelebihan masing-masing
untuk saling melengkapi
dalam menegakkan syariat-Nya.


usah memandang diri 'tidak layak',
sedangkan islam adalah untuk semua.


kepelbagaian taraf kehidupan,
variasi paras rupa dan bidang keilmuan,


itu bukan ukuran.


kerana nilai taqwa yang dipandang,
dan hanya boleh dinilai oleh Tuhan.


maka bergeraklah,
selagimana ke arah kebaikan,
melalui syariat-Nya,
juga Al-Quran dan sunnah 
menjadi panduan,


teruslah, teruskan melangkah,
kerana jalan ini masih panjang.


3:27:31pm
13 Julai 2013
4 Ramadan 1434H


peringatan untuk diri sendiri:

dakwah secara berhikmah:
berhikmah x bermakna lembut. Tp bertepatan pada tmpt sesuai pada individu :)
Yang haram tetap haram. Walau dimekap macam mana pon untuk nampak Islam!

Comments

:) Allah. Allah. Syukran untuk kata-kata yang sangat membangun jiwa. teruskan! heee ^_^

Popular posts from this blog

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Al-Aqsa

Semulia Khadijah