Posts

Showing posts from 2014

Bicara Iman

Semarakkan bicara iman, jangan biar ia terperosok, di ceruk hati yang lama mati,  mungkin nanti ia akan membangkitkan diri, yang   telah lama menyepi. Bangunkan jiwa, penuhi dada dengan cahaya ilmu menagih fahaman yang  jitu agar kelak tidak buntu mahu  tersepit keliru yang digelar qalbu itu harus hidup tapak kan gersang tanpa mengalir iman iman  yang kontang tanpa bersihnya jiwa kemarau  ilmu  yang telah lama mendiami semangat pun kaku tidak bangkit lagi ayuhlah bangun, gelora darah pemuda, generasi   kemenangan yang dijanjikan, teguhkan semangat dan  keimanan kembali agar terus jasad memakmur bumi

Nota Dakwah

Bismillah. Hamasah +  Hikmah = melengkapi. Allah. Moga Allah terus memberi taufiq dan hidayah pada setiap perbuatan dan perkataan kita. Saya belajar untuk meluas pandangan agar tidak  terlalu terperangkap dalam suatu isu. InsyaaAllah saya akan kongsikan satu pengajaran yang lebih kepada diri sebenarnya. Begini. Kita,  ada beberapa golongan inaitu generasi X, Y dan Z.. Saya berpendapat, generasi Y dan generasi Z akan banyak terdedah dengan teknologi moden. Peribahasa-peribahasa dan nasihat orang tua zaman dahulu   juga semakin  tenggelam ditinggal zaman. Seolah-olah,  kemodenan generasi muda masa kini Dalam masa yang sama kita memerlukan generasi Y, dan golongan lebih tua untuk sering menasihatkan dan membimbing.

Remaja

Image
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang. Allahumma  solli ala Muhammad. Buat jiwa2 remaja yang sangat mencintai Allah dan sedang usaha mengikut sunnah Rasulullah. Assalamualaikum. Post kali ini saya akan cuba untuk mendalami jiwa-jiwa remaja yang mana semuanya berdasarkan pengalaman yang serba kurang. Tidak mampu untuk saya mengerti sepenuhnya tapi saya cuba untuk fleksibel. Remaja yang amat dikasihi. menapak selangkah daari kepompong kehidupan, itu hanya membuka pandangan mata akan dunia yang luas terbentang. Kita melihat, kawan dan teman-teman hidup bagaikan tiada apa yang membimbangkan. mereka sangat 'enjoy' seolah2 tiada yang perlu difikirkan. Kita pandang diri kita sendiri semula, aku bagaimana? kenapa aku tidak seperti mereka? kenapa aku banyak memikirkan itu dan ini? hm, merenung  sejenak,  mungkin aku punya personaliti yang berbeza. Remaja yang Allah  cinta, Pernah sesekali jiwa kita memberontak ingin sebuah kebebasan tanpa batasan. tapi

Cinta Allah

Cinta Allah terlalu suci. Hati, bersihlah. Hati, raja yang perlu diuruskan. Aku mahu ikut panduan wahyu. bukan panduan nafsu. cinta Allah. hati, banyaklah muhasabah. raja, baiklah. kenali hukum. cinta Allah. teramat besar. perasaan nikmat yang dirasai oleh mereka yg dekat dgn Allah. ilmu, agar jiwa  lebih segar. cinta  Allah. cinta suci yang tak boleh tercemar dengan noda. cinta yang dicari oleh mereka yang bergelar insan. rasa yang tak mampu dijual beli seisi langit dan bumi. cinta yang suci. selamat tinggal jahiliyah dan maksiat. aku mahu mengejar cinta suci. dalam  usaha bimbing raja_hati ke arah lebih baik. aku  mahu ikut  cara nabi kita, nabi  Muhammad  s.a.w. cinta  Allah. cinta yang tak mampu diungkap saja2 dengan kata-kata. membina bangsa dan negara. ummah. la Taqrabuzzina. jalan  mana yang kau pilih. kita ada cara kita. ikut syariat. remaja yang benar2 bebas. hanya dengan meletakkan Allah no.1 dalam hidup. ya, itu la

Mengenal Diri

Perlahan dan cermat. Dia melakar garis menegak di atas pasir. Kemudian ditambah garisan lain dengan beberapa sudut. Sesekali dikuis pasir dengan kaki apabila tersalah lakaran. Siap. Dia berdiri. Kreatif juga. Huruf yang teratur itu membentuk perkataan. I M A N Sengaja. Dia ingin mengamati benda itu. Dia ingin faham ada apa pada keimanan itu. Dia ingin merasa seperti yang orang kata 'halawatul iman' itu. Hm, amanah ke nama ini. Dan betul-betul ditunaikan ke amanah ini. Angin petang berlalu.

Kehidupan..

Image
p/s:  ..saya mohon dengan kerendahan hati agar sahabat-sahabat bersedia sebelum membaca. lapangkan hati dan buka minda. Terbitkan rasa iman di jiwa. Saya memohon dengan penuh harapan, jika kalian ada hal atau tugasan lain untuk dilakukan, selesaikan lah perkara2 tu terlebih dahulu.. benda ini bukan paksaan, tapi ini adalah untuk hati kita.  Saya hanya mahu kalian bersedia, sebelum membaca.  ^_^ jazakumullahu khairan khathiran.. iLuvIslam Assalamualaikum sahabat-sahabat  yang dikasihi.. Allahumma solli ala Muhammad. ..Sahabat yang dikasihi.. izinkan hati ini berbicara dengan hati kalian..   Tentang kehidupan... Pernahkah kalian melihat, kehidupan ini bagaimana. Dari tiap sudut pandang yang berbeza.. kudapati, untuk setiap hati-hati manusia, mereka melalui satu kehidupan yang.. ya, sama. rutin harian yang macam kita-kita. Ya, sebagai manusia.   Kalian tahu sesuatu, aku dapat rasa kan,  betapa berbaha

Cahaya Dhuha

Image
..cahaya menyimbah. Kubah masjid kelihatan mempersona. Dari satu sudut, Humaira ralit memandang keindahan waktu dhuha dari  Pencipta yg dikasihnya, Allah. hatinya berbisik suatu, tentang kenikmatan yang dirasa .' nikmat islam  dan iman ini, alangkah indah andai dapat dikongsi bersama yang lainnya.' humaira bangkit. berdiri. melangkah menuju ke kamar mandi untuk mensucikan diri dengan wuduk. Pengalaman yang dirasa sepanjang tempoh bersama keluarga, mendidik dia melakukan dhuha. Ibu selalu berpesan. 'tunaikan lah dhuha. badan juga ada hak untuk beribadah pd Allah.' tak, kehidupan humaira bukan lah macam malaikat. taat setiap masa. yang bernama insan itu, pasti ada masa silamnya. itu lumrah manusia. belajar dalam kehidupan untuk menjadi lebih baik. dan moga hari seterusnya, kesabarannya, tawadhuknya dan keimanannya dan seluruh muslim lebih baik dari hari ini dan semalam. Humaira terdidik dengan kebaikan, selepas dia lalui 'kejatuhan'. ya, Allah mentakdirka

Jagakan Aku, Dia dan Mereka

..Allah, andai aku mampu berbicara dengan hati mereka. mahu saja ku katakan, cukup lah bermesej2 cinta dgn ajnabi. semua itu hanyalah ilusi. cinta palsu yang tak bawa ke mana. semua itu hanya angan-angan yang tak kan tercapai. bahkan mampu menjadi mimpi ngeri jika kamu melangkah dari zon jahliyah. ..Allah, andai saja kata2 semudah itu untuk mereka fahami, namun hakikatnya itu tak mungkin terjadi. Jika aku hanya berbicara di hati. ..Allah, aku akui aku tidak sempurna. turut juga insan yang kurang. Tapi sebolehnya aku tak mahu mereka terjebak ke kancah zina. Sungguh, aku bimbang pada diriku dan mereka. Ya Rabb, ku tak mahu menghukum mereka dgn kesilapan itu, kerna sungguh jika bukan kerna hidayah dan Taufiq-Mu, aku juga turut sama seperti itu.. Maka ya Rabbi, tolong limpahkan taufiq dan hidayahMu kepada aku dan mereka. Moga mereka dan aku sedar bahawa itu suatu yg tak elok. amat. apabila diri telah melangkah kehadapan. ya Allah, tolong kasihi aku, dia dan mereka.

Aishah Humaira

Nota diselak perlahan. Entah mengapa serasa tiap aksara itu berlalu pergi begitu sahaja. Langsung tidak terlekat di ingatan. Fikirannya masih tak menentu. Peristiwa siang itu terus membelengu minda menemu buntu. Bukan sengaja dia melangkah pergi begitu saja dari Umaira, tapi daripada terus dengan rasa yang sarat menyeksa jiwanya, meninggalkan Umaira mungkin lebih baik. Dia bimbang,jika berterusan bersama Umaira ketika itu, dia mendapat dosa kering akibat sikap tidak sabarnya. Bip bip bip. Mesej masuk. Telefon bimbit di sebelah kanan meja dicapai. Punat buka mesej ditekan. Mesej dari Umaira. “ Aisha, mengapa tinggalkan saya begitu saja tadi? Saya belum habis cakap, tapi Aisha pergi, kemudian guru kelas mahu temui saya sebentar tadi.” Aisha menatap skrin telefon bimbitnya, dibiar saja di atas meja. Entah hatinya sedang tawar dengan untuk berakhlak dengan Umaira. Hatinya masih panas. Jam baru menunjukkan jam 12.30 tengahari. Aisha bangun dari meja belajar. Mahu mengambil wudu

Cinta Bersulam Noda

Sekali berbicara soal cinta Aku jadi malu untuk berkata-kata Entahkan nyata, Entahkan sirna, Aku mula rasa terhina... Aku ingin menjadi pencinta Yang mengejar tanpa putus asa Bila cinta membisikkan rasa Diriku mula mendapat cahaya... Bukankah Tuhan telah tunjukkan dengan ayat-ayatNya? Sungguh, cinta itu buta Tidak mengenal siapa Namun cahayaNya menunjukkan Syurga Bagi para pencinta yang tunduk padaNya Kerana cintakanNya... Aku ingin dilamun cinta Cinta sebagai hambaNya  Dengan ikhlas demi agama Memelihara syariatnya... Sungguh,aku hanya insan biasa Inginkan kekuatan dengan kuasa cinta Alangkah indahnya andai beroleh redhaNya... ~Cinta Bersulam Noda~