Posts

Al-Aqsa

Palestine, gagahnya kamu, menghadapi manusia-manusia kejam, tegar menzalimi tanpa  batas. Palestine, kamu hebat, tidak seperti kami yang belum gah, baru diuji sudah melatah. (senyum) tabahnya kamu, cekalnya. Menghadapi sebuah kenyataan bahwa dunia memang tempat untuk berpisah, bersama keluarga dan yang disayangi, untuk bertemu dijannah. Tapi kami yakin kamu, lebih cinta pada Allah, matlamat kamu untuk berjumpa dengan-Nya, dengan membentangkan hadiah terindah buat Pencipta, sebuah taqwa yang sangat bermakna. kerna perjuangan kamu adalah suatu perjuangan yang benar...

Jalur Perjalanan Menuju Tuhan

Sabar dan solat. Itulah pesan dari alQuran. Tiap kali dirasa memerlukan dia atau ketika ada dia. Keindahan saat mendengar alunan alQuran, tidaklah setanding irama lagu yang menjadi mainan pemuda pemudi ketika ini. Panjang sekali perjalanan ini, sehingga tidak terungkap baik melalui tulisan atau tutur kata. Hanya yang melalui dapat merasa. Hanya yang berjuang memahami pengorbanan. Nyata, bukan lagi retorik atas segala yang diungkapkan. Setiap detik masa yang dilalui, setiapnya penuh dengan hikmah. Nyata lagi, umur bukan bukti kematangan, tetapi pengalaman dan ilmu. Muhasabah perjalananku, bermula ketika setelah kusedari, bahwa sebagai muslim itu ada ilmu agama yang wajib dipelajari olehnya. :) Ya, memang pernah bersekolah agama dan lulus dengan cemerlang, tapi ia tidak sama dengan kesedaran dan hidayah yang dihembus olehNya ketika itu. Sejak itu langkahku tidak henti untuk memaknai. Segala konflik dan kekeliruan yang membelengu terlerai apabila kumengenal prinsip dan matlamat k...

Semulia Khadijah

Menyingkap kembali sirah risalah Mewangi semangat srikandi Ummah Mu'minah Pertama Sayyidatina Khadijah Qudwah keteguhan wanita solehah Dia At Tahirah Hadiah Allah Dari rahimnya zuriat mulia Hidupnya disanjung perginya dikenang Wanita terbaik Sayyidatina Khadijah Harta jiwa raga bukti kesungguhan Tak luntur semangat demi kebenaran Sebagai isteri peneguh suami Sebagai ibu pendidik generasi Hartawan dermawan, srikandi terbilang Semangat Khadijah terus membara Semangat Khadijah membakar jiwa Fitrah kelembutan bukan kelemahan Kesantunan budi itu kecantikan Sayyidatina Khadeejah, Mother of believers Teacher of loyalty, a symbol of modesty Khadeejah at Tahirah, the first of believers Her noble sacrife has marked the history Kemuliaan Khadijah Mari kita suburkan! Kecekalan Khadijah Ayuh Semarakkan! Tiada noktah dalam perjuangan Tiada sempadan mulia pengorbanan خديجة الطاهرة همتها عالية أميرة الجنة سيرتها غالية سيدة النساء معلمة الوفاء فلتستمر فلتحياء قصتها المعطرة "Ayuhlah Muslimah te...

Masjid an nabawi..

Mereka bersesak-sesak beribadah di masjid nabawi, Madinah al munawarah. Mengabdikan diri kepada Pencipta. Dari jauh, satu insan terus memerhati. Air matanya  mengalir. Alangkah bertuah mereka yang telah ke sana. Masjid an nabawi... Masjid Quba. Indah sekali tatkala dapat menjejakkan kaki ke sana. Moga mereka memanfaatkan sepenuhnya peluang tatkala berada di sana. __ Malam zulmat bersama kerlipan bintang dan sinar bulan sukma terus berbisik rindu untuk bertemu kekasih hati Rasulullah s.a.w... 21:30 12 Sept 2015 Iman Farhana

Nota Kecil Bahagia

Bismillah.. Alhamdulillah. Saya masih diberi peluang untuk menulis lagi pada hari ini. Bersyukur atas nikmat yang diberi Ilahi, dengannya kita mampu meneruskan perjuangan dalam kehidupan. Hari ini lama saya bermuhasabah, mengenai hubungan sesama manusia. Selalu, kita mampu tersenyum ria apabila mencapai sesuatu keinginan, berkongsi cerita yang menggembirakan. Tetapi, apabila tiba masa kesusahan, kebanyakan kita lebih banyak memendam sendiri. Sahabat yang saya hormati, Ketahuilah, jika dipandang dari sudut manusiawi, satu kelemahan buat manusia apabila segala rasa terperuk di hati, yang baik dipendamkan, yang buruk pula disimpan. Fitrah kita saling memerlukan antara satu sama lain, amat berkehendakkan satu kejujuran. Belajar menghargai dan memberi dorongan, semangat kepada mereka yang telah memberi sesuatu buat kita. Apabila ada hal yang tidak menyenangkan, belajar memberitahu mereka secara bijaksana. Apa guna memendam rasa, tersimpan lama di dalam hati kerana ia tidak mampu...

Pemuda

Saya bertanya, dari mana sumber kekuatannya. Tiada jawapan. Lantas teringat pesan guru yang dihormati, orang yang kuat itu akrab dengan Tuhan. Membaca kisah jalan hidup kawan-kawan, buat saya tersenyum sendiri. Masa muda. Muda adalah peluang masa untuk kita atur jalan menuju impian dan cita-cita. Menyediakan usia 20-an dengan ilmu, agar pada usia 30-an kita mampu berkhidmat dengan baik, itu pesan ustaz Hasrizal daripada pembacaan saya di facebook Jejak Tarbiah. Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hatimu! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun, petikan tasauf moden, HAMKA. Ya, masa muda peluang menjadikan mimpi sebagai kenyataan. Antara ciri orang cemerlang adalah mempunyai mimpi. Dream. Ambition. Cita-cita. Tanpa semua itu hidup bagai terawang-awang. Tiada matlamat. Muda, ruang persediaan dan tindakan untuk meraih mimpi. -- Allah. Pantas sekali masa muda hampir berlalu, hilang sudah umur belasan. Akan lalui usia 2...

Friendship

Bagaimana mereka tidak disayangi, jika mereka lah insan yang menghidupkan cinta pada Allah saat ia memudar. Pasti mereka amat bermakna, kerana mereka yang bersusah payah meminjamkan masa kepada saya saat saya memerlukan. Baru hari ini saya sedar, 5 bulan yang lalu tempat itu yang saya amat ingin pergi bersama sahabat-masjid. Saat buntu untuk hidup bermasyarakat, masjid tempat pertama yang saya rasa kan selamat untuk menyatuni pelbagai golongan. SubhanAllah, lama sungguh tempoh keinginan itu tercapai, sehingga lupa tempat terpenting bagi saya. Penting sekali peranan sahabat. Mereka yang mengingatkan kita saat leka. Kalian mahu tahu satu hal, pertemuan tadi amat bermakna buat insan seperti saya. Jazakillahu khair, ukhti. Seolah-olah baru hari ini, tersedar atas nikmat iman dan islam selama ini. SubhanAllah. Apa yang ada di fikiran selama ini? :) Allah, Maha Baik.

Bagaimana untuk bermula?

Image
  ( write your own story ) Tulisan itu kadang dengan begitu mudah diatur membentuk susun kata yang mengubat jiwa dan  membangkitkan semangat. Kadang untuk mengeluarkan satu ayat terasa amat sukar hingga mengerah minda dan keringat,baru timbul perkataan yang itu pun  tidak berapa menarik. Aduh, mencabar bukan dunia penulisan ini? Menulis memerlukan masa yang sesuai dan penumpuan sepenuh perhatian. Tiada tulisan terhasil jika masa tidak tersusun. Tulisan lahir dari diri kita sendiri. Setelah segala ilmu tergaul  sebati dalam hati lalu diproses ke minda untuk dikeluarkan dalam bentuk tulisan mahu pun perkataan. Semakin saya belajar menulis, saya sedar bahawa saya amat faqir pada huruf. Kadang amat sukar menterjemah apa yang bermain di minda untuk disampaikan dalam bentuk tulisan. SubhanAllah. Satu hikmah terbesar yang baru saya nampak hari ini adalah besarnya nikmat bahasa dan tulisan. Ini baru satu bahasa; iaitu bahasa Melayu. Apatah lagi jika kita ...

Bicara Iman

Semarakkan bicara iman, jangan biar ia terperosok, di ceruk hati yang lama mati,  mungkin nanti ia akan membangkitkan diri, yang   telah lama menyepi. Bangunkan jiwa, penuhi dada dengan cahaya ilmu menagih fahaman yang  jitu agar kelak tidak buntu mahu  tersepit keliru yang digelar qalbu itu harus hidup tapak kan gersang tanpa mengalir iman iman  yang kontang tanpa bersihnya jiwa kemarau  ilmu  yang telah lama mendiami semangat pun kaku tidak bangkit lagi ayuhlah bangun, gelora darah pemuda, generasi   kemenangan yang dijanjikan, teguhkan semangat dan  keimanan kembali agar terus jasad memakmur bumi

Nota Dakwah

Bismillah. Hamasah +  Hikmah = melengkapi. Allah. Moga Allah terus memberi taufiq dan hidayah pada setiap perbuatan dan perkataan kita. Saya belajar untuk meluas pandangan agar tidak  terlalu terperangkap dalam suatu isu. InsyaaAllah saya akan kongsikan satu pengajaran yang lebih kepada diri sebenarnya. Begini. Kita,  ada beberapa golongan inaitu generasi X, Y dan Z.. Saya berpendapat, generasi Y dan generasi Z akan banyak terdedah dengan teknologi moden. Peribahasa-peribahasa dan nasihat orang tua zaman dahulu   juga semakin  tenggelam ditinggal zaman. Seolah-olah,  kemodenan generasi muda masa kini Dalam masa yang sama kita memerlukan generasi Y, dan golongan lebih tua untuk sering menasihatkan dan membimbing.

Remaja

Image
Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang. Allahumma  solli ala Muhammad. Buat jiwa2 remaja yang sangat mencintai Allah dan sedang usaha mengikut sunnah Rasulullah. Assalamualaikum. Post kali ini saya akan cuba untuk mendalami jiwa-jiwa remaja yang mana semuanya berdasarkan pengalaman yang serba kurang. Tidak mampu untuk saya mengerti sepenuhnya tapi saya cuba untuk fleksibel. Remaja yang amat dikasihi. menapak selangkah daari kepompong kehidupan, itu hanya membuka pandangan mata akan dunia yang luas terbentang. Kita melihat, kawan dan teman-teman hidup bagaikan tiada apa yang membimbangkan. mereka sangat 'enjoy' seolah2 tiada yang perlu difikirkan. Kita pandang diri kita sendiri semula, aku bagaimana? kenapa aku tidak seperti mereka? kenapa aku banyak memikirkan itu dan ini? hm, merenung  sejenak,  mungkin aku punya personaliti yang berbeza. Remaja yang Allah  cinta, Pernah sesekali jiwa kita memberontak ingin sebuah kebebasan tanpa bat...

Cinta Allah

Cinta Allah terlalu suci. Hati, bersihlah. Hati, raja yang perlu diuruskan. Aku mahu ikut panduan wahyu. bukan panduan nafsu. cinta Allah. hati, banyaklah muhasabah. raja, baiklah. kenali hukum. cinta Allah. teramat besar. perasaan nikmat yang dirasai oleh mereka yg dekat dgn Allah. ilmu, agar jiwa  lebih segar. cinta  Allah. cinta suci yang tak boleh tercemar dengan noda. cinta yang dicari oleh mereka yang bergelar insan. rasa yang tak mampu dijual beli seisi langit dan bumi. cinta yang suci. selamat tinggal jahiliyah dan maksiat. aku mahu mengejar cinta suci. dalam  usaha bimbing raja_hati ke arah lebih baik. aku  mahu ikut  cara nabi kita, nabi  Muhammad  s.a.w. cinta  Allah. cinta yang tak mampu diungkap saja2 dengan kata-kata. membina bangsa dan negara. ummah. la Taqrabuzzina. jalan  mana yang kau pilih. kita ada cara kita. ikut syariat. remaja yang benar2 bebas. hanya dengan mel...

Mengenal Diri

Perlahan dan cermat. Dia melakar garis menegak di atas pasir. Kemudian ditambah garisan lain dengan beberapa sudut. Sesekali dikuis pasir dengan kaki apabila tersalah lakaran. Siap. Dia berdiri. Kreatif juga. Huruf yang teratur itu membentuk perkataan. I M A N Sengaja. Dia ingin mengamati benda itu. Dia ingin faham ada apa pada keimanan itu. Dia ingin merasa seperti yang orang kata 'halawatul iman' itu. Hm, amanah ke nama ini. Dan betul-betul ditunaikan ke amanah ini. Angin petang berlalu.

Kehidupan..

Image
p/s:  ..saya mohon dengan kerendahan hati agar sahabat-sahabat bersedia sebelum membaca. lapangkan hati dan buka minda. Terbitkan rasa iman di jiwa. Saya memohon dengan penuh harapan, jika kalian ada hal atau tugasan lain untuk dilakukan, selesaikan lah perkara2 tu terlebih dahulu.. benda ini bukan paksaan, tapi ini adalah untuk hati kita.  Saya hanya mahu kalian bersedia, sebelum membaca.  ^_^ jazakumullahu khairan khathiran.. iLuvIslam Assalamualaikum sahabat-sahabat  yang dikasihi.. Allahumma solli ala Muhammad. ..Sahabat yang dikasihi.. izinkan hati ini berbicara dengan hati kalian..   Tentang kehidupan... Pernahkah kalian melihat, kehidupan ini bagaimana. Dari tiap sudut pandang yang berbeza.. kudapati, untuk setiap hati-hati manusia, mereka melalui satu kehidupan yang.. ya, sama. rutin harian yang macam kita-kita. Ya, sebagai manusia.   Kalian tahu sesuatu, aku dapa...

Cahaya Dhuha

Image
..cahaya menyimbah. Kubah masjid kelihatan mempersona. Dari satu sudut, Humaira ralit memandang keindahan waktu dhuha dari  Pencipta yg dikasihnya, Allah. hatinya berbisik suatu, tentang kenikmatan yang dirasa .' nikmat islam  dan iman ini, alangkah indah andai dapat dikongsi bersama yang lainnya.' humaira bangkit. berdiri. melangkah menuju ke kamar mandi untuk mensucikan diri dengan wuduk. Pengalaman yang dirasa sepanjang tempoh bersama keluarga, mendidik dia melakukan dhuha. Ibu selalu berpesan. 'tunaikan lah dhuha. badan juga ada hak untuk beribadah pd Allah.' tak, kehidupan humaira bukan lah macam malaikat. taat setiap masa. yang bernama insan itu, pasti ada masa silamnya. itu lumrah manusia. belajar dalam kehidupan untuk menjadi lebih baik. dan moga hari seterusnya, kesabarannya, tawadhuknya dan keimanannya dan seluruh muslim lebih baik dari hari ini dan semalam. Humaira terdidik dengan kebaikan, selepas dia lalui 'kejatuhan'. ya, Allah mentakdirka...

Jagakan Aku, Dia dan Mereka

..Allah, andai aku mampu berbicara dengan hati mereka. mahu saja ku katakan, cukup lah bermesej2 cinta dgn ajnabi. semua itu hanyalah ilusi. cinta palsu yang tak bawa ke mana. semua itu hanya angan-angan yang tak kan tercapai. bahkan mampu menjadi mimpi ngeri jika kamu melangkah dari zon jahliyah. ..Allah, andai saja kata2 semudah itu untuk mereka fahami, namun hakikatnya itu tak mungkin terjadi. Jika aku hanya berbicara di hati. ..Allah, aku akui aku tidak sempurna. turut juga insan yang kurang. Tapi sebolehnya aku tak mahu mereka terjebak ke kancah zina. Sungguh, aku bimbang pada diriku dan mereka. Ya Rabb, ku tak mahu menghukum mereka dgn kesilapan itu, kerna sungguh jika bukan kerna hidayah dan Taufiq-Mu, aku juga turut sama seperti itu.. Maka ya Rabbi, tolong limpahkan taufiq dan hidayahMu kepada aku dan mereka. Moga mereka dan aku sedar bahawa itu suatu yg tak elok. amat. apabila diri telah melangkah kehadapan. ya Allah, tolong kasihi aku, dia dan mereka.

Aishah Humaira

Nota diselak perlahan. Entah mengapa serasa tiap aksara itu berlalu pergi begitu sahaja. Langsung tidak terlekat di ingatan. Fikirannya masih tak menentu. Peristiwa siang itu terus membelengu minda menemu buntu. Bukan sengaja dia melangkah pergi begitu saja dari Umaira, tapi daripada terus dengan rasa yang sarat menyeksa jiwanya, meninggalkan Umaira mungkin lebih baik. Dia bimbang,jika berterusan bersama Umaira ketika itu, dia mendapat dosa kering akibat sikap tidak sabarnya. Bip bip bip. Mesej masuk. Telefon bimbit di sebelah kanan meja dicapai. Punat buka mesej ditekan. Mesej dari Umaira. “ Aisha, mengapa tinggalkan saya begitu saja tadi? Saya belum habis cakap, tapi Aisha pergi, kemudian guru kelas mahu temui saya sebentar tadi.” Aisha menatap skrin telefon bimbitnya, dibiar saja di atas meja. Entah hatinya sedang tawar dengan untuk berakhlak dengan Umaira. Hatinya masih panas. Jam baru menunjukkan jam 12.30 tengahari. Aisha bangun dari meja belajar. Mahu mengambil wudu...