Posts

Showing posts from 2013

Hati

Bismillah. Kehidupan-- sentiasa kumencari-cari sebuah erti. tentang perananku di muka bumi. bahkan, bila kutahu tujuan hidupku, adakah telah kumampu melaksanakan sebaiknya. dalam tiap hela nafas, aku masih-- mencari erti ikhlas, taat, dan takut pada Dia-- Allah Rabb al-Alameen. Aku, melangkah. menjejak  bumi, tika kumaju kehadapan, kudapati, ummah sedang tenat. Malah, luka-luka baru terus menjalari tubuh ummah, sedang luka lama belum sembuh. Ya Rabb, kuasa cinta atas dakwah itu terlalu membara, namun, untuk mengorak langkah bukan mudah. sedang diri masih-- bertampalan jahiliyah. Terkadang merasa tidak mampu, tapi ku tahu, menjejak syurga tak mudah. dan kerna--aku tetap mahu, mengeluarkan walau secebis pengetahuan yang ada, untuk mereka. Kerna-Mu. Walau berada dalam ketidaksempurnaan.

Cemburu kumelihatnya

Ya Rabbi, aku cemburu padanya, sebagaimana dia berbakti pada ummah, aku juga mahu begitu. Ya Rabbi, aku cemburu, sebagaimana dia dekat dengan-Mu, aku juga mahu begitu. sebagaimana.. hatinya basah dengan zikrullah, keimanan yang menggoncang jiwa menggugah kata taqarrub dia pada-Mu.. luhur budi dan perilaku... sungguh, ya Rabbi! aku mahu seperti itu... Hai si solehah, ketahuilah, betapa aku cemburu melihat dekatnya kamu pada-Nya. Hingga aku terasa ingin mengejar-Nya bersamamu. hingga aku merasa betapa dambaNya hatiku pada kasih dan rahmat Allah. Ya Rabbul Izzati... ampuni kami.. hamba-Mu..

Ilmu

Image
http://0dayhotmusic.com/arbi1955/09-harga-sebuah-keimanan Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.. Alhamdulillah, segala pujian hanyalah bagi Allah. selawat dan salam kepada junjungan mulia, Rasulullah s.a.w. sahabat semukmin yang dikasihi kerana Allah. Ingin saya kongsikan sedikit pengisian yang saya peroleh sebelum 1 Muharam 1435H. Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk ke 1 program KOBAR'13. Terlalu banyak hikmah dan ibrah yang diperoleh. pertama, saya baru tahu apa itu 'hamasah'. golongan muda biasanya mempunyai semangat yang tinggi, berkobar-kobar serta bertenaga. semangat yang tinggi dan hebat itu dipanggil hamasah. justru, golongan muda dan tua tidak boleh dipisahkan. golongan tua mempunyai kebijaksanaan / pengalaman tetsendiri (hikmah). maka, hikmah yang disertai hamasah akan menghasilkan satu keseimbangan dalam kehidupan. Insya-Allah. bahagian muhasabah diri melalui sirah, saya mulai kenal Bilal bin Rabah, bagaimana teguhn

Buat hati :-)

Image

Oktober

Image
..terkapai mencari sebuah erti pengorbanan di jalan Tuhan, dalam bangkit dari lemas jahiliyyah. aku mengumpul kata dia yang kucinta; sabarlah..kuatlah..yakinlah.. dalam menilai sebuah kebatilan mahupun hak, kucoret kata si dia habibati; kenal benarkah kita pada hak dan batil hingga tanpa sedar mereka telah menyatu? sedar-sedar kita yang tersangkut keliru. untuk mengenal dan menggapai cinta Tuhan. ya.  bukan mudah. iman itu, pasti. pasti diuji.  sudah kenal benarkah kita pada  sifat-sifat Tuhan? terkadang simpul dan pintalan jahiliyah perlu dilerai satu persatu dengan hikmah dan kebijaksanaan agar kita tidak bersangka buruk pada Tuhan. Ya Rahman, penyayang nya Engkau terhadap ciptaanMu. Ampunkan kami atas sempitnya dada kami menerima ujianMu. sedang kami tahu, luas rahmat dan belasMu melebihi isi langit dan bumi. Allah.. Rabbal A'lameen.. awan oktober, 2013- langit EidulAdha

Ramadan 5, 1434H

Image
(kredit) Assalamualaikum. Hari ini saya belajar sesuatu. Saya belajar mengenai wasatiah. Bersederhana. Nampak remeh, mudah, tapi sebenarnya 'kesederhanaan' itu memudahkan kerja-kerja kita. Sederhana, indah. Rasulullah membawa contoh akhlak yang paling baik. Bersederhana dalam pelbagai situasi.  Bagi saya, kesederhanaan itu membawa kepada ketenangan. Ya, kerana kita dapat mengurus emosi secara baik, lalu diterjemah dalam gerak laku yang rasional. (kredit) RAMADAN  V nikmat itu  tidak semestinya yang indah-indah yang menggembirakan hati tersenyum penuh erti tapi nikmat itu terindah apabila mendekatkan kita pada Ilahi berhati-hatilah dengan nikmat nan indah, bimbang kita lupa pada Pemberi nikmat bersyukurlah atas ujian yang mungkin kita pandang  sakit, perit padahal itu nikmat terindah bila diri dan hati dekat pada Tuhan.

Ramadan 4, 1434H

Image
momen ramadan 4, 1434H RAMADAN IV kita merasa lemah, lelah bila mendengar pandangan mereka tentang apa yang kita lakukan padahal, kita sedang menunaikan hak sesama muslim. kita merasa sakit, bila diuji hanya dengan kata-kata manusia, padahal ayat-ayat cinta Ilahi lebih indah jika dihayati. mungkin kita silap, terlalu mengikut nilaian manusia, hingga ragu-ragu membuat kebaikan. niat perkara utama, kerana apa yang kita niatkan, itulah yang kita peroleh. maka mengapa harus merasa rendah apabila yang kita lakukan adalah kebaikan. sedangkan malu itu,  harus ditekan pada diri apabila kita membuat kejahatan. ya, malu pada Ilahi, kerana kita belum cukup mensyukuri atas segala nikmat yang diberi ayuh lah, kita baiki hati dan diri, belajar mensyukuri limpahan rezeki, baik sikit mahu pun banyak, hargailah. kerana setiap insan berbeza kelebihan, ada yang pintar berbicara, ada yang

Ramadan 3, 1434H

Image
Bismillah.. Assalamualaikum kawan-kawan. Alhamdulillah, hari ini 3 Ramadan. Syukur kepada-Nya, kerana masih mengizinkan kita bernafas hari ini. Alhamdulillah. Fasa 1, ramadan. 10 hari pertama ramadan. Agak-agak bagaimana puasa kita 3 hari ini? berjaya menjaga hati, mata, tangan, ruh dan jasad kah kita. Moga-moga kita dapat istiqamah, konsisten dalam melaksanakan kebaikan dan menjauhi sikap mazmumah, iaitu perbuatan yang tidak elok. Teringat pula peristiwa dalam bulan ramadan. Peristiwa turunnya Al-Quran. Sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu, dan perbezaan  (antara yang hak dan batil). -rujuk surah al-Baqarah:185 Agaknya, sudah khatam kah kita membaca terjemahan al-Quran. Faham kah kita akan isi nya. Moga-moga kita akan lebih alert mengenai al-Quran. Jom, kita sama-sama menghayati al-Quran mulai hari ini. Kita sama-sama belajar dari kehidupan itu sendiri. Teringat kata-kata seorang sahabat; 'Manusia' bol

Ramadan 2, 1434H

Image
momen ramadan 1433H-t.c RAMADAN II Hadir lembut, dengan awal pagi itu, sinar mentari malu-malu  berselindung balik awan yang redup, sangat damai. cuaca tak pernah sama, begitu juga hati manusia, ada yang sedang merintih, pedih, ada yang damai, tenang. namun apabila segala sandaran  hati adalah kepada Ilahi, Lelah tak akan jadi, kerana kita tahu, kita buat kerana Allah, perit sekali pun dalam melangkah, pasti kita sedar, takkan sama dengan perit  yang Rasulullah rasa selama baginda menyebarkan islam hingga kita dapat merasa sekarang. wahai kita, bangun lah, usah biarkan  diri rebah, jatuh tidak bangun, tapi jadikanlah rebah itu, sebagai batu loncatan untuk kita berdiri lebih teguh di hari kemudian. hari tak pernah sama, ujian seiring kemampuan, Tuhan beri hingga kita benar-benar kalis dengan cabaran agar lebih mampu berdiri sendiri dan hanya Dia,  sebagai tempat bergantung

Ramadan 1, 1434H

Image
momen ramadan , 1433H 6:30:54 am 10 Julai 2013 Ramadan 1, 1434H RAMADAN I hujan turun, membasahkan bumi murabbi, mendamaikan udara ramadan pagi itu. ya, pada ramadan 1 itu, setiap titisan yang penuh rahmat, ada tanda kasih sayang Tuhan pada kita. kita hamba, sejauh mana kita bersyukur selama ini, atas nikmat yg kadang tak terpinta dalam doa, tapi Allah beri jua. ramadan yang hadir itu, telah diwajibkan juga keatas orang sebelum kita, namun adakah kita berjaya bina 'taqwa' itu? sepanjang 1 bulan ramadan ini, kita akan membina 'taqwa', yang akan menjadi penggerak,  kepada 11 bulan seterusnya. maka wahai kita, yang sedang menghirup udara ramadan. hargailah setiap nafas yg Allah bagi, dengan men'syukuri' apa yg diberi. jadikan ramadan ini, ramadan yang membawa manfaat kepada diri dan ummah kerana kita tidak tahu sampai bila Allah akan izinkan kita menghirup uda

Tuhan, aku kembali

Image
Dua minggu lepas, rasa macam terngiang-ngiang di fikiran pada ayat ini: Fafirru-ilallah. Kembali kepada Allah. Pengetahuan baru mungkin. Atau saya yang masih belum mengkaji al-Quran sehabis baik? Ya, selama dua minggu itu juga, saya sedang mengembara. Kembara hati, untuk mencari diri. Alhamdulillah, Allah memberikan jawapan. Kerna saya percaya, apa yang kita niat kan itu, itu lah yang kita dapat. Senyum. (kredit) Mungkin, sebagai manusia yang sedang tercari-cari tujuan hidup, saya agak keliru, bertanya itu dan ini. Iya, lebih-lebih lagi di akhir zaman ini. Terlalu banyak fitnah yang tersebar. Tapi, masih. Bagi saya, Allah itu terlalu   Penyayang. Kita berdosa, tapi tetap diberi rahmat. Amatlah rugi orang yang mengkufuri nikmat-Nya. Mencari solusi tak semudah yang disangka. Terkadang hadirnya tak secepat yang disangka. Allah berikan, pada detik yang terbaik. Detik yang Dia tahu, kita perlu. Yang penting, kita terus mencari. Membuka hati seluasnya, melapangkan fikiran

Tenang, Jangan Buntu

Image
(gambar hiasan)  "Aku keliru, aku tak faham hidup  ni. Kadang aku rasa hari ni bermakna, tapi, down tetiba." Tenanglah. Sabarlah. Bukan kah Allah sangat dekat dengan mereka yang bersabar. Senyum. Lapangkan lah fikiran. Bagi mereka yang turut serta dalam 'tarbiyah', iaitu proses pembentukan diri atau didik diri mengikut syariat-Nya, tenanglah. Mula kan satu persatu. Perlahan-lahan, andai dengan perlahan itu mampu menjadikan dirimu istiqamah ke arah kebaikan, maka perlahan-lahan lah. Tahu kan? kita bukan nya mahu mendaki anak-anak tangga dengan tinggi, semata-mata untuk 'meninggi'kan tempat untuk kita jatuh. Bukan sahabat. Kita membina, bina anak tangga tarbiyah. Kita bukan mendaki. dan ketahuilah, kita sedang membinanya dengan gigih, perlahan-lahan. Menyatukan iman, amal dan keikhlasan. Untuk apa?  Untuk mencari Redha Tuhan iaitu Allah. Kita sedang membina diri kita sendiri. Agar dapat menjadi muslim yang cemerlang. Tenang. Dan bagaiman

Nikmat

Image
Ya Rabbana.. jika sakit itu yang mendekatkanku pdMu,maka aku redha :) moga sakit itu menjadi kafarah dosa yang bertimbun timbun. :) sungguh, hal ini menjadi tarbiyah buat mereka yang memandang dari matahati. aku percaya, kesibukan masa ku ini adalah teguran darpada Allah :) agar aku lebih menghargai nikmat masa lapang yg diberi. Alhamdulillah. "maka mana satu antara nikmat nikmat Tuhan kamu(Allah) yang kamu dustakan?"-ar rahman :,)  muwasafat tarbiyyah..<klik demi masa..

Menjadi Terkenal

Image
..menjadi sebutan penduduk langit pabila Allah mengizinkannya untuk turut sama menjadi bualan penduduk bumi.. P ernah suatu ketika, aku tercari-cari akan diriku sendiri. Pernah suatu ketika aku tahu tentang dosa dan pahala. Pernah suatu ketika, aku mulai mengerti erti kehidupan. Ya, suatu ketika dahulu. Saat aku hanya tahu, aku tahu. Tetapi aku tak mampu berbuat apa-apa, kerna ketika itu ku masih merasakan kosong. Hidup yang tiada hala tuju. Suatu ketika itu lah, saat aku giat tercari-cari tujuan hidupku.  Aku merentas masa, pernah kuterfikir menjadi pelukis tersohor disebut-sebut manusia. Pernah terfikir menjadi penulis yang amat terkenal dengan karya memikat hati. Ya, suatu ketika dahulu. Ku terasa hilang punca.  Hingga lah suatu detik, Allah menggerakkan hati untuk menemui cinta-Nya dalam tahajud. Di dalam bulan ramadan. Suatu ketika dahulu. Merasa cemburu pada  mereka yang berjaya bercinta sama Tuhan di sepertiga malam. Cemburu pada mereka yang berjaya mencapai
..Terkadang, kucuba menjadi teristimewa untuknya, sehingga hidupku tak lagi tenang tenteram, aku dimarah kerna diri 'paksaan'ku, ku mulai sedar bahawa manusia tak sempurna, menjadi dirinya variasi kehidupan

Nasihati Aku

Image
..ketika berguguran dedaun, masih, hal itu juga dalam Pengetahuan Allah, maka layakkah kita hamba-Nya untuk menidakkan  s egala  takdir yang telah ditetapkan Allah di Luh Mahfuz.. K ebetulan, bukan. Ini bukan kebetulan. Ini kenyataan yang lazim dihadapi. Pernah suatu ketika aku terdengar; sekiranya kita pinta untuk Allah berikan kekuatan, akan diberikan kepada kita ujian demi ujian agar akhirnya kita  kalis dengan ujian tersebut :) .  Seorang hamba Allah terus meminta dan meminta pada Allah. Terlalu banyak. Bermacam-macam. Tetapi dia sedar yang Allah belum memakbulkan doanya. Tiba satu detik yang tak dijangka, Allah menunaikan doanya. Apa doanya? "nasihati aku". Rupanya ada insan yang menghantar mesej untuk menasihati dia ! pada ketika yang hamba Allah itu tak lagi mengharap Allah makbulkan doanya.  Dia marah. Tegar nya mereka menasihati dia sedangkan baginya segala kelakuan yang dibuat sudah cukup  sempurna. ( boleh kau nasihati aku? ) Ha

Tarbiyah daripada-Nya

Image
(  kredit  ) S urah Al-Hajj, ... 22. Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasalah kamu azab yang membakar! ... Ketika jahiliyah membelengu, dia rasa lemah. Dia takut, kerna dia melakukan dosa dalam sedar. Ya, ketika dia sedar raqib dan atiq sedang mencatat dengan ligatnya amalan-amalannya. Dia menyelak al-Quran. Surah Ali I'mraan, ... 21. Sesungguhnya orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah  berita yang menggembirakan mereka dengan azab yang pedih. 22. Mereka itulah orang yang rosak amalan mereka di dunia dan di Akhirat, dan mereka tidak akan memperolehi sebarang pertolongan. ... Gulp. Pantas, terkesan di hati. Namun dia masih tegar berjalan beriringan sama jahiliyah. Dia penat bersama jahiliyah. Tapi, iman nya lemah untuk me

Berimankah aku

Image
..Orang mukmin adalah orang yang hebat, mengambil pengajaran daripada pengalaman, tidak dibiarkan jatuh dalam keadaan yang sama dua kali, kerna mereka lebih baik dari semalam.. "Sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri." ( Surah Al-Baqarah : 222 ) T aubat. Mengapa taubat penting? Malah, disebut, mereka yang "sering" bertaubat? Apakah tidak cukup solat sunat taubat yang penuh khusyuk itu?  Kerna beza orang yang beriman dengan orang biasa, apabila orang yang beriman membuat dosa, dia merasakan seperti gunung yang menghempat dirinya, teramat berat, dan itu menjadikan dia sering bertaubat demi keredaan Ilahi. ..Berimankah aku.. Rasulullah, baginda maksum, bersih dari dosa. Tetapi baginda sering mengulang-ulang taubatnya. Tidak putus istighfar. Bagaimana dengan kita, marilah, istighfar selalu. Ketahuilah akhir zaman ini fitnahnya besar sekali. Kita mampu berhubung dengan o

Sangka Baik itu Perlu

Image
..Tika rayuan-rayuan setan mengalir ke urat sarafnya, tika itulah kau hanya mula mengenal , bukan penghukum.. A ku melihat langit. Luas terhampar bersama manik-manik indah bertaburan memujuk hati. Tidak lama selepas itu langit mendung. Kian gelap. Akhirnya bumi disimbah hujan yang padanya ada rahmat. Ya Allah, berilah rahmat ke atas hujan yang turun ini.  Aku terus memerhati. Pepohon yang ditimpa hujan bergerak perlahan bersama angin. Akur dengan sunnatullah. Aku tunduk ke bawah. Kulihat tanah yang membasah dengan titisan demi titisan hujan. Akur, tidak membantah. Kemudian, kutatap telapak tangan ku. Kuhulurkan ke hadapan agar dihinggapi titisan rahmat.  Aku  terus merenung. Aku tahu. Aku perlu perbaiki lagi diriku untuk bergerak dengan gerabak tarbiyyah. Pencarian dan solusi harus diteruskan, tidak boleh sekerat jalan. Ya. Aku tahu itu, kerna ini lah jalan  yang ku pilih. Jalan dakwah dan tarbiyyah. Jom berkongsi mengenai husnudzon. Apa tu?  Sangka baik. Pada si

Aku bukan perempuan itu

Post ini adalah untuk ku mengingatkan diri ku lagi dan lagi. Kerana nota di bawah ini adalah nota yang  ku kenal dan jumpa saat ku ingin berubah. Ketika aku menjumpai satu gerabak. Gerabak tarbiyyah yang kucari-cari selama ini. Semoga aku dapat pegang dan kuatkan hati ini. Biiznillah.. *** ..Dalam tempoh ditarbiyah dan mentarbiyah,  jangan kau lupa untuk laksanakan  amanah dan tuturmu,  kerna  amalmu yang  akan menjadi saksi di akhirat kela k. . A ku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA.. Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan. Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua. Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana ak